Friday, April 25, 2008


BERTERUS TERANG ADALAH CARA TERBAIK UNTUK MELUAHKAN SEGALA-GALANYA


Amat sukar untuk berterus terang. Amat payah meluahkan kata-kata yang cukup telus. Agak sukar menyusun butir ayat yang penuh dengan lumuran madu. Dan yang paling utama, ketakutan berterus terang adalah disebabkan tidak dapat menerima penolakan atau bahasa inggerisnya rejection.... dan tidak mahu diri bertukar menjadi orang yang bukan sahaja terlalu sarkastik...malah kejam dari segi penggunaan kata....

Takut ditolak...maka perasaan dipendam.....tidak mahu dan malu meluahkan permintaan..yang ada kalanya di hantar menggunakan sistem pesanan ringkas sahaja. Kebiasaannya begitu, hingga pada suatu hari.. tegas dan meluahkan permintaan tanpa memikirkan penolakan. Hasilnya?....Amat memberangsangkan.

Mula-mula masih lagi takut...tidak berani lagi untuk menggunakan bahasa yang sarkastik di hadapannya. Cuma mampu merungut di sebalik tabir, tanpa di dengari oleh yang dimaksudkan. Suatu hari, semuanya berubah. Kesarkastikan menjadi melampau, terluah segala yang tidak pernah difikirkan akan dikatakan di hadapannya..Mungkin belum lagi sampai tahap di atas normal, tapi sekiranya telah mengakibatkan pencapaian tahap tepu dalam keresahan dan tekanan, maka akan menjadi satu ultimatum bahawa segalanya akan terluah ..walaupun sanggup mempertaruhkan kecemerlangan.

Kadang-kadang perlu juga bertindak kejam. Tapi aku bukan kejam. Aku cuma mengumpul baki kekuatan yang ada. Kerana yang lemah itu perlu menjadi kuat apabila ditekan.

7 orang telah memberi komen yang sengal!:

Anonymous said...

honesty is the best policy, is it?

:: cheezzy cheese :: said...

urmm.. ada benarnya jugak.. selepas kita luahkan.. rasenya lebih release, even if org tu terima or not.

Unknown said...

betul!!!!

^_^

Anonymous said...

jadi kejam lyte2 kee joey..

jgn bunuh org sudeehhh.

ops..

Amirul Idham said...

kadang kala bertindak jujur dan berterus terang tu adalah perkara terbaik...

tapi kadang2 boleh jadi sebaliknye jugak..

Joey said...

wandie....yeap...kadang2

kak yanz...lega dah luahkan

ninadw....ya setuju

sobrie.........kejam lite2...ahaha

amirul..... kejujuran asas perhubungan ...ahaha

AK said...

ya... btol.. kekangan meluah perasaan ialah bila takut kene reject...
tapi bila dah luah kene rejek jugak...
jadi, manakah tempat untuk berperasaan????


-komen-provokasi-minda-dari-beta-

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .