Sunday, June 22, 2008

A SLICE OF MYSELF

Selepas mengetahui berita yang mengejutkan itu, kini aku mula mendapat kepastian. Satu kepastian yang nyata telah terbukti. Pada mulanya, aku memang berasa sedih. Mungkin aku juga telah menerimanya. Walau bagaimanapun, aku tidak akan pergi meninggalkan dia begitu sahaja.

Setelah ramai menasihati agar biarkan sahaja dia, jangan pedulikannya lagi. Namun, aku masih di sini. Mungkin aku memang bodoh, sanggup membiarkan diri diperkotak-katikkan olehnya. Boleh sahaja aku meninggalkannya di saat ini. Mudah...bak kata Beyonce..... don’t you ever for a second get to thinkin’...... you’re irreplaceable....

The thing is...I see a slice of myself there. Persamaan yang ada pada diriku dengan dia. Mungkin sekali aku yang menyebabkannya...siapa tahu? Aku melihat dirinya bagaikan ada satu garisan selari dengan aku. Perbuatan yang dia lakukan sekarang, aku juga melakukannya. Biarpun, tidak terlalu teruk seperti apa yang dia lakukan sekarang, tapi hakikatnya aku dan dia tetap sama bukan?

Walau hanya sebatang jari yang terpalit tahi, baunya tetap sama sekiranya seluruh tangan juga terkena tahi......

Dan dia lebih advanced dalam soal pemakaian topeng. Kebelakangan ini, topeng yang aku pakai tidak bisa lagi menutupi kesedihan emosi yang terpancar di wajahku (lebih-lebih lagi kalau berdepan dengan Green). Aku masih lagi boleh tersenyum, memikirkan bahawa dia juga ada memakai topeng. Cuma sesekali aku melihat dia tanpa topeng, yang mana ia begitu jarang sekali..terlihat wajah yang cuba memendamkan perasaan sedih, cuba melawan perasaan kesunyian dan riak wajah kepenatan.

Sebab ini, aku tidak meninggalkannya. Aku mahu cuba membantunya, kerana aku juga mahu membantu diriku sendiri. Apa yang aku harapkan agar dia boleh meluahkan segala isi hatinya kepada aku, kerana aku tahu bagaimana rasanya memendam perasaan.

The last thing is...I want to get my self stabil.... which is what I'm juggling now.

5 orang telah memberi komen yang sengal!:

kevin christ said...

love is mystery... so don't let it kill u.. just make sure it grows well and in the meantime u r hepi.. wish u hepi owez joey...huhu

.ain. said...

hi joey! bn long since i stopped by here~

hope u're coping well with ur dilemma.

word of wisdom: mencintai tidak bererti memiliki=)

azman | athena said...

ha,its a good thing, sometimes kita tolong org utk membantu diri sendiri

FAIZUL said...

it's all baout love kan? bila kita cinta..kita sayang dia...bila dia tinggalkan kita...kita tetap ada untuk dia....am i right? just stay with dia in case that make u a happy person...

Amirul Idham said...

kau masih di dlm dilema kah?

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .