Thursday, August 20, 2009

MENGINSAFI DIRI

Ramai orang kata, hidup cuma sekali. Seharusnya kehidupan itu dijayakan dengan penuh kenikmatan bak kata orang putih, enjoy while you still can enjoy, you only live once, live your life to the fullest. Kenikmatan duniawi, hedonisme, adalah satu cara hidup zaman sekarang. Namun, bagaikan terlupa bahawa Yang Maha Esa itu sentiasa ada, memerhatikan hamba-Nya dalam kehidupan sehari-hari. Terasa malu dan kerdil rasanya, apabila nikmat yang ada tidak disyukuri malah tidak langsung melakukan apa yang di suruh-Nya.

Kadang kala terkesan di minda, mengapa yang sana lebih baik daripada apa yang ada. Mula membandingkan mengapa diri tidak ada apa yang mereka ada. Malah merasakan mereka pun sama tidak melakukan suruhan-Nya, tetapi mengapa masih diberi segala nikmat yang ada??

Tuhan itu Maha Adil. Dan kasih-Nya melimpah ruah, andai kita memohon keampunan dengan hati yang ikhlas, nescaya diampunkan oleh-Nya. Tanpa disedari Tuhan telah memberikan nikmat dalam bentuk yang lain, seperti kegembiraan hati, suasana kerja yang baik, dan sebagainya tapi sebagai manusia, sentiasa lupa dan mahu apa yang ada pada manusia lain.

Walaupun selalu melupakan Tuhan, tetapi Dia sentiasa mengingati kita. Hati mengaku percaya pada-Nya, tetapi segala suruhan-Nya, tidak diikuti. Mungkin itu sebabnya, kadang-kala Tuhan memberikan peringatan kepada kita, sebagai tanda yang Dia masih menyayangi kita.

Apa yang diharapkan, supaya bulan Ramadhan yang mendatang ini, menjadi titik mula untuk aku mendekatkan diri kepada-Nya. Mungkin tidak secara drastik, cuma apa yang wajib haruslah ditunaikan sepenuhnya. Aku yang terperap dengan dosa ini ingin memohon keampunan daripada-Nya, dan juga supaya diberikan cahaya keimanan agar dapat melakukan suruhan-Nya setiap waktu.

4 orang telah memberi komen yang sengal!:

farish izaryl @izreez said...

sabare mnempuh liku2 idup.slmt bpose joey:)

akulah ida raihana said...

asalkan niat nak berubah da ade, pon dah alhamdulillah.

semoge kite same2 tak rase terperap dalam dosa lg. okay?

selamat berpuase!

Amirul Idham said...

Allah itu maha adil..
mungkin belum masa lagi allah mahu memberikan nikmat tersebut pada kau..
mungkin esok, lusa, minggu depan..
sape tau kan?

SLMT BERPUASA...

anGgun said...

amin...InsyaAllah...

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .