Wednesday, May 19, 2010

Karakter Diri !

 Ciri-ciri Lelaki Berbintang Scorpio (salin dan tampal dari web mana entah)

1. suka sembang
2. suka orang yang sayang padanya
3. suka ambil jalan tengah
4. sangat menawan dan sopan santun
5. kecantikan luar dan dalam
6. tidak pandai berbohong dan berpura-pura
7. sentiasa berkawan
8. hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
9. cepat marah
10. daya firasat yang sangat kuat
11. pengasih, penyayang dan lembut
12. ambil berat tentang orang lain
13. boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
14. lelaki yang sensitif, mudah terguris dan sering kesunyian
15. sukar mempercayai org lain
16. mempunyai karisma yg tinggi
17. penasihat yg baik dimana mampu membaca dan memahami
18. sering mencapai apa yang dihajati
19. sanggup menunggu bertahun lamanya untuk sesuatu yg dihajati
20. tidak suka berehat atau bercuti untuk tempoh yang panjang kerana baginya banyak perkara perlu diselesaikan
21. lelaki yang kompleks
22. suka dihormati dan digemari
23. jika jatuh cinta, scorpio akan mencintai sedalamnya tetapi tidak mudah untuk jatuh cinta


Ulasan 
Disebabkan aku tengah kehausan nak minum air yang ada ais since umah aku takde fridge lagi so terpaksa order McD (motif melalut) maka I come upon this thing, Aku tak ingat dari mana aku dapat, aku just kupi pasta ajer...hehehehe.

Bagi aku, yang no 1, 2 , 3 tu..agak betul gak tentang diri sendiri. Especially bila ada member yang betul-betul aku sayang..wakakaka. Tu yang sampai cemburu kehijauan tuh (wakakaka..ampun ya abang green...aku sayang kau..matila confession terdesak).

No 4, 5 dan 6 ...ini kurang pasti ler. Yang rasa-rasa betul no 6 tu kot ..opsss.. 7, 8, dan 9 tuh memang tepat!
Aku ni memang mudah merajuk ngan orang, but anyway dalam masa yang singkat I will forgive them. Yes..ala pada seseorang yang sekarang keja kat Bangi tuh, aku takde marah lagi kat ko. Cuma aku segan nak mesej ko balik. Hope you accepted my apologizes.

10, 11, 12 ni...tengah-tengah lah. Takdelah pulak bukti kukuh yang menunjukkan aku ni ambik berat pasal orang lain. So I'm working on it :).

13,14,15 Tepat,tepat, sikit laa... Yerla...asyik2 masalah kewangan jer. Motif  beli benda-benda yang tak sepatutnya di beli?? Sekarang kad kredit pun sudah cecah maksimum limit...alamak!! 14 Tu malas nak cakap, my last post explain it much better. Tak percaya seseorang? Err..maybe. Depends on the friendship level or how I hormat kepada mereka.
16,17,18 hmmmmm...karisma??? otak aku tak tahu cam mana nak describe neh. (Ada pulak aku terbayang Karisma Kapoor menari-nari dalam DON lepas tu mati di bunuh Shah Rukh Khan..hahaha). Aku penasihat yang baik???  Mana manusia yang pernah aku kaunseling tu..tolong ke depan bagi testimonial sikit...wakakaka. 

19 tuh  totally salah. Menunggu sebab takde duit jer. Cuba ada duit. Of course terus beli kat kedai pertama yang dah aim itu, tanpa perlu mengamalkan konsep semakan harga kedai lain yer(Aiyo..malas ler...beli jer terus tak payah nak banding-banding harga)

20 Maybe betul. Since my cuti takde apa nak buat and dont have anyone to talk to, I prefer weekdays rather than weekends. At least kat ofis aku meriah okay. I like it.

21,22, 23 Betul, dan tepat sekali. Kompleks and selalu mood swing. Boleh nampak dari muka.Hahahaha...

Sekian, Terima Kasih.

0 orang telah memberi komen yang sengal!:

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .