Dalam hidup yang tak seberapa lama ini, satu demi satu pengalaman dikutip. Setiap pengalaman ada pengajarannya. Kadang-kadang gembira, atau sebaliknya. Mungkin juga salah pemahaman, hasil pemerhatian yang rambang, ataupun sememangnya terbukti dengan alasan kukuh.
What I learn is manusia itu memang selalu cemburu antara satu sama lain. Ini mungkin kerana manusia itu tidak sempurna. Diulang sentiasa madah berhelah itu dan akhirnya menjadi satu rukun hidup manusia. Manusia itu tidak sempurna. Maka jika ada manusia yang mempamerkan kehidupan sempurna, bukankah rukun hidup itu tidak lagi ditepati?? Sehingga manusia yang "sempurna" ini menunjukkan ketidaksempurnaannya, maka sehingga itulah dia dicemburui. Hanya dengan cara ini, si pencemburu sedar bahawa orang yang dicemburu itu pun ada kelemahannya, maka dia rasa senang hati. Kemudian, datang lagi manusia "sempurna" yang lain. Maka kitar cemburu bermula semula.
Kita semua percaya adanya Dia yang mengaturkan segalanya. Dia memang Maha Berkuasa, namun kadang kala kita putus harapan dengan-Nya. Kita berusaha sepenuhnya, namun tiada balasan setimpal. Apa yang kita mahukan tidak dipenuhi. Mungkin perlu bersabar. Cuma , kesabaran ada batasnya.
Dalam kehidupan kita, tidak boleh selalu mengharapkan bantuan dari yang lain. Semuanya sendiri, kerana tiada siapa yang dapat membantu kita di kala kita mengalami kesusahan. Tiada siapa yang dapat memujuk hati yang merajuk melainkan diri sendiri. Bersusah payah seberat mana sekalipun, hanya diri sendiri yang boleh mengatasinya. Mungkin bagi manusia "sempurna" mereka tiada masalah mendapat bantuan. Well, some people memang dapat "extra care" kan?
Dalam dunia ini, memang kebanyakannya adalah manusia yang baik. Namun, tidak semua yang baik itu mesra dan "ngam". Jadi, manusia yang baik dan tidak mesra dengan kita, patutkah kita melayan mereka seperti kawan karib sehidup semati?? Bagi diri saya, I'm not going to involve more in their life. They're just nice. But whenever you are with them, selalu rasa tidak selesa. Like you dont belong to the group. Well, I've got more people that is mesra and "ngam' to me, so I dont think I have significant marks in their life. Baik sekadar bersopan sahaja. Bukankah itu adat Timur?
Saya masih lagi belajar. Belajar melalui pengalaman. Walaupun belum pasti lagi pengalaman yang diperolehi akan mematangkan diri saya, tapi saya akan cuba laluinya dengan hati yang terbuka.
1 orang telah memberi komen yang sengal!:
sebelom telupa. ni umah alamat baru sy. =)
alwaysbeteddybearhijo.blogspot.com/
kishthedustpleasantly.blogspot.com/
jempot jenguk. ngee.
Post a Comment