Tuesday, June 14, 2011

Kata Suka!

Kita suka seseorang. Suka, tak bermakna cinta. Tapi ya, cinta memang bermula daripada suka. Dan masih ada yang masih lagi suka mencampur adukkan suka dan cinta. Dia suka si polan ini, si polan yang ini pun layan baik.. terus declare kami sudah "in a relationship".

Dan cinta itu memerlukan kita mengenali hati budi. Yang kita cuba dalami dalam tempoh tertentu. Bukan dalam masa sehari. Bila mana kita cinta, biarpun dia kusut masai rambutnya. Kita cinta dia, biarpun dia sudah di simbah asid sampai hilangnya seri di mukanya yang lawanya itu.

Cuma, sangat bahaya bila suka dan cinta sudah menjadi obsesi. Obsesi, bila kita tidak berpijak di alam realiti. Kita masih mengharap, sedangkan dia sudah jauh berjalan ke depan.

Kadang kala obsesi bisa mengaburi kompas akal, dan demi obsesi ada yang sanggup melakukan apa sahaja, seperti menipu misalnya agar obsesinya tercapai.

p/s tidak memahami betapa kompleksnya suka, cinta dan obsesi. Dan bila ketiga-tiganya mula bercampur aduk, pastinya kejujuran itu sukar untuk ditelah.

3 orang telah memberi komen yang sengal!:

http://bukankosong.blogspot.com/ said...

benar sama sekali...

but...obsesi itu menakutkan la beb...

Joey said...

hahaha..aku pernah alami obsesi tuh...

and i dont want it to come back :)

p/s seram..bila kenang masa lalu

ashraf said...

a'ah. there was an entry, a short one. tp i dah delete lah. hehehe

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .