
Sudah lama tidak menulis tampalan dalam bahasa melayu. Sementelahan pula, hari demi hari berkomunikasi dalam bahasa melayu. Mungkin agak mudah untuk mengekspresikan diri dalam bahasa kebangsaan London. Bunyinya sedap bila di baca. Hihihi.
Kembali ke landasan utama. Mari kita bincangkan satu situasi. Situasi ini tidak berkaitan dengan keruncingan kewangan yang dialami oleh saya sejak beberapa bulan ini. Ianya juga tidak berkaitan dengan siapa yang saya suka atau tidak.
Di sini saya berikan satu situasi. Anda kenal seorang kawan. Dan anda berkawan baik dengannya setelah beberapa lama. Cuma, kadang-kadang anda rasa meluat dengannya. Adakah maksudnya anda berhati busuk? Sepertinya semua orang suka dia, tidak kira apa sahaja dilakukan, betapa pun menjengkelkan dia tetap disukai. Hmmm, macam pernah dengar kan situasi ni, selalu sahaja di alami terutama tuan yang menulis ni. Haish.
Saya masih cuba untuk menjadi jengkel dan semua orang menyukai saya, tapi saya rasa ia kurang berjaya. Makin dibenci adalah. Maka, saya tetap menjadi seorang yang baik dan bersopan santun, dan saya pun mula mengutuk di dalam hati.
p/s Saya meletak gambar kerana ada orang kata tampalan saya banyak perkataan. Nah , saya berikan gambar yang bersesuaian dengan tampalan ni. KTB.
4 orang telah memberi komen yang sengal!:
beb...
tak yah compare ngn mereka2 bule, kita adalah kita
jadi je diri kita
yg penting be ur self,buat je pe yg kamoo suka
tp pandai2 rr nak cari kawan,sapela kita nak paksa mereka berkawan ngn kiter kanzzz
hihihi..thanks rashid.
yang ironicnya, aku tulis kat fb you're so annoying.but everyone likes you..terus orang yang tergolong dlm kategori tu g
comment. hiks
ha. camni lah best. entry ada gambar. sejuk mata memandang.
btw, pretending to be someone else is sometimes...needed.
just to stay alive. and survive.
nuke : am not pretending. what you see is what you get, just maybe, a little twist of mystery :P
Post a Comment