Tuesday, August 23, 2011

Kalau Ada Duit!!!!


Duit tak boleh beli kebahagiaan. Begitulah kata seorang kakak office yang setiap hari memberi nasihat, bagaikan ibu ku lagaknya.

Ni semua dunia. Statement tawaduk dari seorang lagi akak office aku yang kelass.

Memang. Duit tak boleh beli kebahagiaan. Mahupun kesihatan hidup. Tapi duit memudahkan segalanya. Kalau ada duit, boleh bawa famili pegi bercuti, pegi makan-makan mahupun pegi membeli belah. Kalau ada duit, boleh beli banyak-banyak mesin Al-Jabbar tu (LoL). Kalau ada duit, boleh beli satu gym dan hire personal trainer. Memang tak boleh beli kesihatan. Tapi boleh beli barang-barang kesihatan untuk meningkatkan kesihatan kan?

Duit memang tak boleh kegembiraan. Tapi kalau ada duit boleh pegi makan Madam Kwan kan? (hahaha). Boleh beli PSP, XBox. Kalau banyak duit boleh beli penthouse, sambil berangan ala-ala Siti Nurhaliza siap dengan kolam renang sekali. (Ok, ada sesetengah orang mungkin nak beli banglo.LoL). Kalau ada duit, pasti boleh beraya dengan gembira kan?

Apa pentingnya duit? Orang kata duit tak boleh bawak mati. Tuhan pun tak pandang berapa banyak duit yang kau ada, tapi seberapa banyak amal yang kau buat dengan ikhlas. Jadi perluker duit yang banyak?

For me, sangat perlu. Duit adalah precursor to everything that we do. Kalau bukan kerana duit, kita takkan terkejar-kejar menaiki transit aliran ringan, bersusah payah memandu untuk pergi kerja. Nasib baiklah kerja merompak, mencuri tu adalah salah di sisi undang-undang. Kalau tak, maybe ramai yang nak buat. (Ok, aku rasa aku jer kot. )

Kenapa aku bercakap pasal duit? Duit tu segala-galanya bagi aku kah?

It could be. Sometime it's a friend to a lonely person. And it can boost your confidence. Oh , well.

4 orang telah memberi komen yang sengal!:

bukankosong said...

duit tu batu loncatan je

bg aku, aku suka buat simpanan, at least masa susah, ada gak yg bole cover...

pepun duit its not everythng, even ko gaji kecik pun tp kalau ko pandai handle duit ko tu,ko bole jd kaya tau

Joey said...

hahaha.

aku ngaku tak pandai mengurus duit.

ashraf said...

nak duit raya!!!

Joey said...

i'm sorry. my company x bagi bonus raya. Sedeh ....

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .