Saturday, March 24, 2007

KENANGAN LAMA…MENGUSIK JIWA bahagian 1

Setiap kali aku berseorangan….aku sentiasa teringat kenangan aku masa dahulu, time sekolah menengah sebelum aku berjaya diterima masuk ke universiti hulu ini…(bak kata alessandra)…mesti semua ingat bahawa aku sebenarnya tidak pernah menjejakkan kaki ke bahagian termaju di Malaysia ini atau dengan kata lain Semenanjung Malaysia

Ya..aku pernah ke sana…..!!! Bagaikan terkunci mulut dan tangan untuk menaip entry kali ni..tapi aku sedar ..inilah masanya orang mengenali joey dengan lebih dekat lagi…Aku sebenarnya tidak ingin mengimbas semula kenangan yang aku sendiri mahu padamkan dari ruang memori ini…terlalu pahit dan lara kurasakan!!

Semuanya bermula apabila aku baru sahaja mendapat keputusan UPSR. I was a genius back then….i’ve got all 4As masa tuh…..so masa tuh memang rasa bangga jugalah dan harapan untuk ke sekolah menengah yang lebih baik hampir pasti. Sehinggalah pada satu hari, benda yang aku nantikan sampai juga!...Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah berasrama penuh yang di Semenanjung Malaysia yang akan ditentukan kemudian dan dibiayai penuh oleh biasiswa daripada Yayasan Sabah. Ketika itu, mendapat tawaran ini bagaikan menjadi kebanggaan setiap keluarga…sama hebatnya jika seseorang itu mendapat tawaran ke universiti…aku berasa sungguh gembira dan excited sekali…

Pada hari temuduga yang ditentukan, aku bersama bapa pun datang ke ibu pejabat Yayasan Sabah, dan aku mula ditemuduga oleh orang yang menguruskan pengambilan kami ini…aku sudah lupa apa namanya….tapi ada satu soalan yang masih kuingat terlontar dari bibir wanita bertudung lembut itu…..katanya…

“A***, awak dah bersedia kah untuk mengalami cabaran dan dugaan sepanjang tinggal di sana…bolehkah awak berjauhan dengan keluarga?”.

Dengan pantas aku jawab..aku boleh!!...mungkin kerana terlalu gembira ,aku seakan-akan mengiyakan saja dan mengatakan boleh tanpa menyedari apa yang akan aku hadapi selepas ini.

Selain itu, aku juga diberi pilihan , sekolah jenis apa yang aku ingin belajar, sekolah agama, sekolah sains, sekolah biasa..semuanya di tangan aku. Inilah aku rasa kesilapan terbesar yang pertama sekali aku lakukan. Aku memilih sekolah agama. Mungkin ada yang mengatakan bahawa pemilihan aku ke sekolah agama adalah tepat tapi tiada siapa yang tahu bagaimana sukarnya hidup di sekolah agama…amat susah sekali!!!

Tidak lama kemudian, aku pun mula menerima tawaran ke sekolah menengah berasrama penuh..sekolah agama lagi….ya…kegembiraan dan keriangan mula bersarang dihatiku. Aku hanya seorang budak yang tidak tahu apa-apa pada masa itu. Yang aku tahu, aku akan menaiki airplanes, satu benda yang jarang atau tidak pernah aku lakukan ..menyebabkan aku terlalu excited……aku tidak memikirkan apakah yang akan jadi nanti…dan bagaimana keadaannya nanti.....

Tiba hari untuk berangkat…semua barang telah pun aku siapkan….aku mula berasa sedih….mungkin ini disebabkan pertama kali aku berjauhan dengan keluarga….. dan perasaan ini bercampur baur dengan perasaan teruja menaiki kapal terbang……ah…sungguh teruja sekali!!!

Aku akhirnya sampai ke Lapangan Terbang Subang. Masa tu, KLIA belum dibuka lagi. Aku seperti rusa masuk kampung, terpegun melihat kecanggihan alat-alat dan bangunan yang berada di sekeliling. Sepanjang perjalanan menuju ke Pusat Pelajar YS di Ampang, aku bagaikan terpana melihat cahaya neon lampu yang begemerlapan diselang seli dengan bangunan-bangunan tinggi yang cantik pemandangannya di waktu malam. Hilang rasa mengantukku walaupun sebelum ini semasa di kapal terbang aku bagaikan tersengguk-sengguk seperti kail pemancing yang sudah mengena umpannya.

Since we coming late at night, so kami akan dihantar ke sekolah masing-masing pada keesokan harinya. Pada masa ini barulah aku sedar yang aku masih belum mampu untuk hidup berjauhan dengan keluarga, walaupun aku banyak kawan di sini…perasaan sedih itu mula merawan dalam hati…rasa menyesal pun ada..tapi apalah yang boleh disesalkan…bak kata orang sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna..........

Esoknya kami mula dihantarkan ke sekolah yang telah ditentukan……aku mula berkenalan dengan member2 yang sama sekolah dengan aku..and truth is I don’t get along with them very well..yang ini pun aku tak tau kenapa…mungkin tiada persamaan antara kami seperti aku dengan kawan-kawan lain. Masa ini kesedihan sangat membara di hati, almaklumlah aku terpaksa berpisah dengan geng2 aku yang lain yang juga menerima tawaran biasiswa YS ni, Is ke SMAKL, Mim ke SMAPL…..Ogy ke Kedah..dan aku pula ..ke Kajang……………………….(masih ada lagi ke Plaza Metro Kajang dan kedai buku Czip Lee yang berhadapan dengan stesen bas itu?)

Esok…aku akan sambung semula kenangan yang aku simpan selama ini…….itupun kalau ada orang nak tau sambungannya................

5 orang telah memberi komen yang sengal!:

Anonymous said...

the unknown side of joey aka Ai** that i know so little...feel so close yet so far... hope wut uve gone through made u strong n brave... experience is the greatest teacher yet mistake is the best teacher =)

::redZiaf::

FAIZUL said...

joey...
ko dulu smak kajang ker????
plaza metro tu ader la gi...
wujud megah cam sampah kat tgh2 kajang tu...
kedai buku tu ak da check...x wujud dah...
skang dah der plaza metro point tau...wakakakaka!1
sambung lagi citer ko...best ni membaca diari joey..

Syaf said...

Nice story.

Thanks for visiting my blog =)

Anonymous said...

i know why didnt get along with them. budak sekolah agama kan memang la semua nak jaga pakai, dah la form 1 mesti nak cover aurat semua so pemandangan setiap hari sgt bosan. joey bukan homesick sebenarnya tp bosan. hahahaha. sekolah agama? i wouldnt even think to think of going there.

Anonymous said...

aaawhhh... best nyer budak pintar nieh...

aku dulu time dpt 4A time UPSR mak aku tak bg pun g sekolah jauh2 coz aku ada asma and susah nanti kalau sakit2... huhuhu... walaupun dlm hati aku naaaaaaaak sangat2 berambus dr rumah tuh... huhuhu...

Bet hey, things are meant to happen with reasons kan... so merasa lah tunduk kepada takdir...

aku dapat masuk MRSM time PMR... dpt 8A... time tuh memang mak aku tak bg tp sedara mara yg pujuk mak kasek aku pergi... so mak aku pun konteksi situ sana sini guna kabel utk lepaskan anak dia ke Kelantan... haiyoo hambek kau jauh sundels! LOL!!! hahaha...

Biler duduk jauh dgn family terasa seksa nyer hidup... tp pengalaman tuh sangat2 penting utk dewasa dan mematangkan kiter... segala tuh aku guna waktu aku fly ke jpn puler... huhuhu

-imbauan kenangan nostalgia lalu-

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .