Monday, August 27, 2007

MENGAPA ...JADI BEGINI?

Catatan hari ini agak emosi sedikit. Mungkin ini di sebabkan kepenatan?

Sebenarnya....tiada kepenatan...mungkin kerana terlalu banyak berfikir...

Apa yang difikirkan?

Macam-macam....

Dari pelbagai masalah yang merundung diri hinggalah saat-saat yang gembira...

semuanya masih berputar ligat di dalam fikiran.....bagai tak mahu padam......



Tapi...

Kebanyakan daripada yang difikirkan adalah masalah diri

Petang tadi aku baru sahaja berjumpa dengan penyelia untuk projek tahun akhir aku..

berbagai nasihat yang aku dengar daripada dia....namun

aku terkedu...apabila penyelia aku bertanya kepada aku...

apakah sumbangan kamu terhadap universiti?

hmmmm...lama juga aku fikirkan.....




AKU LANGSUNG TAK ADA BUAT SUMBANGAN TERHADAP KOLEJ AKU NI!!!





maksudnya?....aku langsung tak menyertai sebarang aktiviti yang di buat dalam kolej

aku selalu melarikan diri.....

dan bila aku melihat mereka yang 'terpilih'....

aku menyalahkan mereka yang 'memilih'......

kata aku mereka dipilih disebabkan mereka pandai bodek....

atau mereka berwajah lebih baik dari aku.......

dan aku tak mungkin dapat mengikutinya......

walaupun aku berjaya mengikuti...aku pasti seperti rusa masuk kampung....

langsung tidak mengetahui apa yang perlu dibuat....

sedangkan mereka yang terpilih itu sudah pasti tahu apa yang perlu dibuat....

tinggallah aku ...terpinga-pinga

aku menyalahkan situasi...

kerana aku tak boleh berubah dalam suasana yang sama dan statik

aku tak boleh buat perubahan itu

aku cuma boleh buat perubahan...apabila melangkah ke situasi baru.......

seperti semasa aku menjalani latihan praktikal dahulu.....perubahan diriku amat ketara....

di sebabkan situasi itu sesuatu yang baru dan asing bagi diriku...aku berjaya membuat perubahan.....

apabila aku kembali ke kolej...aku kembali kepada orang yang sama seperti sebelum aku menjalani latihan praktikal ....aku sendiri tidak tahu kenapa

pernah satu ketika....aku memasang impian untuk keluar dari situasi dan persekitaran ini.....

tapi...harapan hanya impian....aku masih di sini.....tersekat...kerana aku pasti langkah yang aku buat itu pasti akan mendatangkan buah mulut kepada orang lain.....

mungkin ada yang kata...mengapa perlu dipedulikan kata-kata orang.....biarlah mereka berkata apa sahaja....

namun aku masih ambil kira semua itu.....

mungkin disebabkan aku tak pernah mengadaptasikan diriku dalam suasana dan persekitaran ini....

jikalau ada pun....aku tidak bersungguh-sungguh

hasilnya....jadilah satu memori yang pahit untuk aku kenang....

kadang-kadang aku rasa aku terpaksa.....membuatkan hati rasa gembira.....

walaupun aku tahu rasa gembira itu cuma sementara...tapi asalkan dapat melupakan rawan hati biar hanya seketika.......

aku mencuba sesuatu yang baru...

sesuatu yang pada mulanya ada sambutan....dan aku berasa seronok dengan sesuatu itu..

lama kelamaan....

sesuatu itu bagaikan kosong.......

mula dingin..dan tiada sebarang sambutan..sedangkan yang lain ...masih terus hangat dengan pelbagai kemeriahannnya...

aku rasa terpinggir....

dan mula bertanya....mengapa?

adakah sememangnya aku ini orang yang tidak berharga?

Mungkin...mungkin....

aku bukan sedih...

jauh sekali untuk mengeluarkan air mata......





Aku berasa terpinggir....


jauh di sudut hati...aku mengharapkan agar situasi ini berubah.......

namun apa daya.....

mungkin...

Tuhan tidak mendengar doaku...

apatah lagi diriku yang sentiasa ingkar akan perintah-Nya...........


buah kepayang tepian paya
di makan kenari di atas alang
hati yang rawan mencari cahaya
mengenang diri bernasib walang




mungkin..jika aku punya sedikit keyakinan orang itu...aku mungkin boleh...cuma ...

aku tidak mempunyainya.......................................

2 orang telah memberi komen yang sengal!:

Purpleheart said...

Emm, lepas baca entry ni rasa seperti sedar dari mimpi, oh perjalananku masih jauh, banyak lagi perkara yang perlu ku hadapi.. thanks for the message..

emm, esok nak test, sambung baca buku laa.. :-)

Mr. Arul said...

Joey,
Rsa terpinggir itu normal, kita selalu lupa apa yang berlaku sekeliling kita. Dont be too upset.. Anyway, no I see ur confident level is very high.. good for you.. Keep searching urself ya..

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .