Monday, October 01, 2007

LAZY

Hmmm..hari Isnin yang...penat sedikit. Entah mengapa aku sejak kebelakangan ini, penyakit M mula datang kepada diriku. Sedangkan pada waktu sekarang, bukannya aku berasa sedih. Jauh sekali terasa hati. Apatah lagi berasa lemah. Tapi aku berasa MALAS.

Kerja aku setiap hari?...cuma duduk berhadapan dengan komputer riba sehinggalah diriku berasa mengantuk. Esoknya, aku ponteng kelas. Semester kali ini mencatat rekod buat diriku. Tak pernah aku ponteng kelas dalam dengan banyaknya dalam masa satu semester.

Sudah dua ujian berlalu. Semuanya aku goreng dengan perasa yang entah apa-apa. Ujian subjek pertama, aku seperti kehilangan minat. Aku hanya membelek dan melihat nota yang diberikan, tanpa ada satu pun perasaan hendak meneliti atau, lebih baiknya,mengulangkaji. Ujian kedua agak senang, bagi mereka yang membaca nota. Soalan agak langsung. Tapi tiada sebarang idea terjana di dalam ruang memori akalku. Kosong. Aku tak pandang langsung nota.

Aku sendiri pun tak tahu mengapa jadi begini. Mungkin aku sudah terasa bosan untuk belajar sehingga otak menjadi kelat malah yang difikirkan pula mencari wang sebanyak yang boleh. Mungkin. Maybe.

Setiap hari pun aku berasa penat. Kadang kala tak buat apa-apa pun penat juga. Kepenatan yang mungkin berlangsung akibat fikiran terlalu jauh menerobos ke alam kayangan..mungkin. Cuba juga lakukan masturbasi minda ..hasil idea seseorang, namun hasilnya bukanlah kelegaan. Ia menambahkan keresahan. Kegelisahan yang tidak berasas.

Mungkin aku berasa rindu dengan keluarga di rumah. Rindu memang ada, namun ini bukan puncanya. Aku sendiri tak pernah merasakan bahawa datang ke kelas adalah sangat membosankan seperi yang aku alami sejak kebelakangan ini.

Rasa Malas..malas.malas...Malas dan...

Resah...

Keresahan bukan kerana rasa sunyi atau sedih

Keresahan disebabkan kemalasan


Apa yang aku fikirkan? ?
Aku cuma bersemangat pada awal semester sahaja. Mungkin disebabkan 'itu'. Ada betulnya aku sekarang berasa malas....sebab aku sentiasa fikirkan 'itu'.


Aku tak tahu apa yang harus aku rencanakan selepas ini.

Mungkin aku tak merancang, cuma bermalas-malasan di atas kerusi sambil berdepan dengan komputer riba.

5 orang telah memberi komen yang sengal!:

kevin christ said...

in my oppinion, its time 4 u to stop ur zaman bujang. cari lah seseorang untuk membakar semangat ko untuk studi. at least ada la seorang yg mampu memangkin semangat ko di kala ko malas. dia pun leh mengembirakan ko...

Joey said...

apa kena zaman bujang ngan malas...


ia sangat kontradikisi...


dan tidak seiringan....

FAIZUL said...

midn masturbation?? what that kalo mastubate yang " ituuu " tau lah...wahahahaah..pervert di bulan posa...hahahah!!

:: cheezzy cheese :: said...

woit truanta! adaaa ka masturbation.. ko ni pose ke idak dik non? aiyooo!

alaaa cian.. windu keluarga ropenya.. cuti raya nti jgn awk tak balik udah ler ya!

kevin christ said...

cuba renung sedalam-dalam nya pasti ada keserasiannya

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .