Tuesday, October 02, 2007

BAGAIMANA MENUTUP KERLIPAN BINTANG DI LANGIT

Bintang bersinar-sinar. Bulan tiada sinar. Hanya mengharap cahaya bintang besar (matahari) sebagai sumber cahaya.

Hanya semasa gerhana, bulan bisa menutupi matahari. Itupun beberapa tahun. Mungkin berpuluh tahun. Atau beratus tahun.

Bulan tetap bersinar. Hampir setiap malam. Mengikut kitarnya tersendiri. Dari bentuk bulan sabit ke bentuk bulatan sepenuhnya hingga kembali ke bentuk asal. Begitulah bulan.

Bintang tetap bersinar. Memancarkan kerlipan di sebalik malam, menolak bulan ke sebalik awan.

Bulan tetap juga memancarkan sinar. Namun secerah dan seindah mana pun sinaran bulan, tetap tidak dapat menandingi sinar dan kerlipnya bintang.

Malah, ada yang bilang..bulan itu hanya cantik di pandang dari kejauhan sedangkan apabila di dekati....nampaklah ketaksempurnaannya.

Siapa yang memandang pasti akan suka kepada bulan buat pertama kalinya, tapi setelah beberapa lama...bulan pasti dilupakan, menghilang di sebalik kesamaran. Maka bintang yang cerah kerlipannya itu pula semakin cerah sinarannya, memalapkan cahaya bulan.

Walaupun cahaya bulan semakin samar, di litupi pula dengan terangnya kerlipan bintang, Bulan masih juga mahu bersinar. Bulan tidak mampu menolak bintang jauh ke tempat lain, kerana bintang adalah sumber cahayanya

Tinggallah bulan di sebalik cahaya bintang. Kerana kerlipan bintang lebih menyerlah dan bersinar berbanding bulan.

Dan ..tiada siapa memandang bulan lagi kerana terpesona dengan kerlipan cahaya bintang.

10 orang telah memberi komen yang sengal!:

kevin christ said...

nama pun bintang... bintang kan banyak... 4 sure la org tgk bintang dulu pastu baru tgk bulan... bulan org cuma tgk anaknya saja... tu pun dekat-dekat nak raya...

Joey said...

matila..konsep hari raya sangat kan...wakaka

kevin christ said...

kira bulan tu pun berguna lah... tanpa bulan.. korang tak dapat beraya lah nanti.. voley... hehe

Unknown said...

tapi agaknya kenapa org still memandang bulan sedangkan bulan mencuri cahaya dari matahari... dan hanya cantik bila dipandang dari jauh... bila dekat.. macam2 kawah kelihatan...

Fikir2kan selamat beramal....

pjoe said...

salam,
bulan itu tetap pujaan aku
tambah2 lagi bulan sabit
cool!
bintang berkelip tak tentu masa dude
huhu
erkk
aku rasa aku dah silap
demn

Anonymous said...

salam bulan bintang untuk incik joey...

Anonymous said...

mane tagboard?? xde pun..

sorry lame x singgah..

bz laa dis week..

heartbreaker

Ejaylicious said...

Aiyo....aku dari dulu nak kira bintang..tak terkira la ...byak sangat....yang aku tau...aku la bintang...ahak....bintang hati jer

kevin christ said...

kek, betulkah aku selalu menyusahkan hidup ko n menyakiti hati ko. Aku minta maaf kalau jawapanya ya. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku rasa sdih je bila ada seseorang macam cuba mencemuh aku :(

Anonymous said...

aku suke bulan syawal n bulan romadon..bulan syawal aku dpat duet, bulan romadon leh tambah pahala..

n...jadikan aku kurus!!!

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .