Sunday, October 07, 2007

MEMORI YANG USANG MENJELANG LEBARAN

Tanganku pantas menekan-nekan butang handsetku. Mencari nama 'BAPA' dalam senarai kontak ku. Sebaik sahaja nama 'BAPA' ku temui aku terus menekan butang dail....


tuuuut...tuuuutt....tuuut...tuuut

"Hello..."

"Hah...hello ...siapa ni...."

"Ala...saya ni pak..., A***... . nak mintak tolong belikan tiket flight ..boleh tak."


"Bila?"

"Hari bla bla..jam bla bla...."

"Okay...nanti bapa tempahkan..."

Hehehe..hati berbunga...dapat juga aku balik beraya di rumah semester ini. Padahal hampir setiap semester aku balik bercuti untuk hari raya. Aku tak kisah. Aku tak mahu merayakan hari raya di kolej. It's so pathethic (lebih-lebih lagi aku yang kesunyian ini) . Lebih teruk dari anak yatim. Anak yatim pun ada artis merayakan bersama-sama mereka.

Beberapa hari kemudian, berita gembira menyusul tiba. Aku akan pulang pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Sungguh gembira. Tak sabar rasanya hendak berbaring di atas lantai rumah ...atau menari sambil membawa si kecil turut sama menggoyang pinggul...hehehe.

Hari demi hari...tibalah juga kepada hari yang dinantikan. Walaupun tiket menyatakan waktu penerbangan aku adalah pada waktu petang, aku begitu teruja. Aku tidak tidur semalaman semata-mata mahu berjaga menanti ketibaan suria esok harinya. Lagipun, Kak Sue dah berjanji dengan diriku untuk menghantar aku ke lapangan terbang.... Nasib baik ada Kak Sue....dapatlah aku menjimatkan duit sedikit...hehehe.

Pagi itu..aku di hantar oleh Kak Sue dan tunangnya ke lapangan terbang. Aku terus menuju ke kaunter daftar masuk, kerana bagi diriku bagasi yang ku bawa ini lebih baik di simpan terus sahaja ke dalam kargo.

"Maaf ya....Encik A***, kan?"

"Ya , saya ....ada apa hal?"

"Flight petang ni telah pun di batalkan..."

"APA!!!!........"(menangis dalam hati sebab flight dibatalkan pulak ......)


"Tapi ..jangan risau...kami akan buat flight connection yang baru....iaitu dari sini ke Bandar M pada pukul 6 petang, dan dari Bandar M ke Bandar KK jam 8.30 malam..."

"Oh..begitu...terima kasih."(APAAAA..jam enam?? sekarang jam 10 pagi......aduh bosannya !!)

Maka, aku terpaksa menunggu lebih lama lagi. Namun aku bersyukur sekurang-kurangnya aku masih lagi boleh balik beraya. Aku pun berjalan mundar mandir sekitar lapangan terbang yang kecil ini. Tiada apa-apa pun di sini tidak seperti KLIA...mahupun KKIA. Kebosanan mula melanda.....menantikan detik yang rasanya semakin lambat berlalu....


Jam 6 petang....aku bertolak menuju ke Bandar M mengikut jadual penerbangan. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit. Sesampainya di lapangan terbang Bandar M, aku mula merasa lapar. Seharian berpuasa ditambah pula dengan kepenatan bersiar-siar dan kebosanan tahap dewata semasa menantikan flight tadi menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menuju ke Bandar M ...untuk berbuka puasa.

"Ahhh...flight jam 8.30..aku ada dua jam lagi kat sini. Rasanya sempat lagi pergi ke bandar .....untuk makan,"desus hati kecilku.

Maka aku pun mempertaruhkan nasib dan pergi ke Bandar M untuk berbuka puasa.

"Ah...lega rasanya dapat makan setelah seharian berpuasa.....," bisik aku sendirian.

Setelah berbuka puasa, aku cuba untuk mencari teksi kembali semula ke lapangan terbang. Jam di handphone telah menunjukkan waktu 7.30 malam. Aku cuma ada sejam untuk sampai ke lapangan terbang semula.

Malang bagi diriku, petang itu tiada sebuah teksi pun yang mahu menunjukkan dirinya. Aku jadi kalut, resah dan gelisah memandangkan masa semakin suntuk...dan aku belum lagi berada di lapangan terbang. Puas ku cari, namun teksi bagaikan menyembunyikan dirinya..sehingga bayang teksi pun tak dapat ku kesan.

Aku mula berasa putus asa. Aku tak mahu tertinggal kapal terbang. Tak dapat ku bayangkan beraya di bandar M ini...tanpa sesiapa pun di sisi. Itu lebih teruk dari beraya di kolej.....ARGGGGGH!!

Aku cuba bertenang. Cuba mencari jalan dan buah fikiran di kala masa makin terdesak. Dalam kekalutan, tiba-tiba sahaja satu idea menjengah ke fikiran......................

Aku terus berjalan sehingga aku terlihat sebuah hotel yang agak besar (4 star ...mungkin) Dengan terpaksa dalam keadaan yang sungguh memalukan (bagi aku) aku terus meminta bantuan pekerja di situ untuk mendapatkan teksi bagiku. Nasib aku agak baik, pekerja hotel tersebut sanggup membantu aku yang dalam ke'sangkak'kan ini. Setelah beberapa minit, tibalah sebuah teksi di hadapan hotel itu dan dengan segera aku menaiki teksi tersebut. Teksi terus meluncur laju menuju destinasinya...lapangan terbang.
Sungguh tidak sangka ada juga yang sudi membantu aku. Terima kasih kepada pekerja hotel itu, kalau tidak kerana bantuan mereka, mungkin aku sudah jadi gembel di kaki lima.

Semasa di dalam teksi, aku meminta agar pemandu teksi itu memandu dengan kelajuan super maksima kerana aku cuma tinggal setengah jam lagi sebelum flight berlepas. Pemandu itu pun agak baik juga... dia pun mengikut sahaja apa yang aku pinta...terima kasih ya....

Sesampai sahaja di lapangan terbang, aku terus berlari menuju ke kaunter daftar masuk....

"Maaf ya encik..pintu gate telah ditutup ..flight dah nak berlepas sekarang....."

(Oh...NO!!!) "Ala kak, still boleh lagi ni....saya boleh ni berlari sepantas kelajuan cahaya (wakaka).....bolehlah akak..bagilah saya masuk."

"Tak boleh dik...(adik katenyer)....flight memang dah nak berlepas....dah bergerak pun......."

Tidak dapat aku bayangkan betapa kecewanya diriku apabila gagal menaiki flight yang telah ditetapkan. Aku mulai lemah, air mata ku hampir menitis...tiba-tiba

"Dik...macam nilah......jam 9.30 nanti ada satu flight lagi ke Bandar KK, adik pergi ke kaunter daftar masuk..pegi tukar flight itinery ...."

Ahhh......aku memandang akak pramugari itu sekali lagi. Bagaikan tidak percaya. Air mata yang baru hendak keluar pun sempat ku tahan di kelopak mata. Aku mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada akak pramugari yang...(barulah nak cakap cantik..lawa...cute)

Aku pun melakukan apa yang telah dicadangkan oleh akak pramugari itu.....kini aku ada sejam pula di dalam lapangan terbang. Aku nekad tak ke mana-mana, takut pisang berbuah dua kali. Lapangan terbang pun sudah agak lengang, maklumlah ini bukan KKIA....jauh sekali KLIA. ...

Masa terus berlalu....setengah jam berlalu, aku mula mendaftar masuk. Di balai menunggu, kelihatan dua tiga orang juga sedang menunggu penerbangan masing-masing. Jadi aku menganggap ramai lagi yang hendak pulang beraya di kampung. Aku tersenyum sendirian.

Jam 9.30 ......namaku di sebut oleh pegawai yang bertugas.

Katanya...

"Owh...inilah orang yang tempah satu flight itu....cepat...kami cuma tunggu kau sahaja ni......"

Aku menganggap apa yang dikatakan oleh pegawai tersebut adalah gurauan semata-mata. Mungkin juga ada ramai yang sedang menanti di dalam flight tersebut. Aku pun masuk ke dalam perut kapal terbang. Aku lihat sekeliling. Dua orang pramugari yang cantik menjemput aku masuk.....

"Ha...inilah kita punya VIP kali ini......,"kata salah seorang pramugari.

Aku masih kurang faham dengan apa yang di maksudkan. Ku lihat di sekeliling dalam flight itu. Kosong. Di hadapan...di tepi, di kanan dan di kiri semuanya kosong. Mungkin ada lagi yang berada dekat kaunter daftar masuk.

Aku risau juga..melihatkan hanya aku seorang sahaja di temani dengan dua gadis cantik...sedangkan penumpang lain belum kelihatan lagi.

Sebaik sahaja aku memasang tali pinggang keledar....tanpa ku sedari flight mula bergerak.....


"Eh....akak.....kenapa flight ni bergerak...mana penumpang lain????" Aku mula berasa cemas. (dalam hati....eh ...dorang ni tengah test engine kot....)

"Astaga.....KAU SAHAJALAH penumpang kami malam ini.....kami tunggu kau sahaja..tiada lagi orang lain ni....Kalau macam ini..tak payahlah kami tunjuk langkah-langkah keselamatan kan...lagipun bukan ada orang...KAU SORANG SAHAJA..."

Aku tidak percaya. Masakan aku seorang sahaja dalam flight ini. Mesti ada orang lain selepas ini. Namun hipotesis aku tidak tepat kali ini. Aku masih seorang diri dalam flight ini. Aku mula percaya yang hanya aku seorang dalam flight ini...itupun apabila aku lihat semakin lama bangunan di bawah semakin kecil dan akhirnya yang tinggal hanyalah setitik cahaya seperti cahaya kunang-kunang.

"Wah....aku seorang diri dalam flight!!! Aku macam VIP lah pulak..wakaka.."

Rasa bangga pula ...

"Akak...saya nak mintak semua makanan yang ada kat dalam kapal ni.. "

(
mulalah tu)....

Oleh kerana pesawat yang aku naiki itu bukanlah Boeing, mahupun Airbus....maka tidak banyak makanan yang boleh diperolehi...Ahhh aku tak kisah.....

Mungkin disebabkan terkejut, aku jadi naif. Sekali sekala berbual dengan dua orang pramugari yang cantik itu. Hilang segala idea dan buah fikiran 'bernas' aku pada ketika itu.

Cuma ...aku menyesal kerana tidak mempunyai sebarang kamera pada masa itu, untuk membuktikan bahawa sememangnya aku 'tempah' pesawat ini....hehehehe

Perjalanan yang mengambil masa satu setengah jam bagaikan tidak terasa bagiku. Sepanjang perjalanan aku asyik tersenyum sahaja. Itupun dua orang pramugari yang sentiasa mengusik aku dengan memanggil aku VIP YB........

Aku malulah pulak....hilang segala fikiran nakal aku.....

Dipendekkan cerita, aku pun sampai dengan selamat di Bandar KK. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan....

P/s -Pengajaran cerita ialah...jangan nak mengada-ngada pegi sana sini semasa nak balik raya...nanti tinggal flight...

Belilah kamera digital supaya boleh merakamkan saat saat yang tidak di duga. (Sebab tula aku paksa kakak aku belikan aku kamera digital...hehehe)



POST ENTRY


Di sini...Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang yang membaca coretan harian ku....Aku juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya coretan aku ada mengguris dan melukakan hati sesiapa pun....ataupun aku melakukan sesuatu yang membuat kalian marah dan berduka....Ampun!!!


Kepada abang Faizal,Abang Farid,Kak Merah, Zeyn , Incik Kamal, Bayau, Che'gu Izwan, Cheryl, Faizul, Tuanku Irwan, Kuden, Kuten, Khairi, Kak Farah, Kak Yanz, Kak Dina, Cik Ted, Joy@Sobrie.., Kak Bella, Ejay, Azrul,Adik, ngan Adi..tak dilupa juga kepada Green yang sedang merayakan Gawai di Rumah Panjang (Aiyoooh....orang beraya ko plak gawai ek...) dan juga Mak Leemah yang berada di perantauan...(nanti kita antar Kak Melah pegi UK ek......Dulu Anuar Zain dah pegi kan...hehehe)...


Dan juga kepada pendatang-pendatang baru cam Julia, Milla, Aria Ayumi, Anul, Annefarish, Nezjoe, Tongah dan Faerrin.....thanks sebab sudi datang sini... dan sesiapa lagi yang aku tak tersebut.........


Yang sakit tuh makanlah ubat ....janganlah pulak pegi main mercun ..

Yang tak dapat balik beraya tuh..aku simpati ngan korang. ....

Yang exam time raya tuh...jawablah elok-elok(bukan esei tentang kuih raya pulak ditulis dalam kertas jawapan). ...

Mana -mana lovers yang terpisah time hari raya ni....bersabarlah ....pasti ada hikmahnya...

Manakala sesiapa yang dah kurus time puasa ni ....Congratulation aku ucapkan(jangan plak lepas raya nanti badan lebih besar dari sebelum puasa bermula ni...ahaks)...

Diharapkan korang semua sentiasa bergembira di samping ahli keluarga/kekasih/boyfriend/ galfriend/ kengkawan/ skandal..opps...


Selamat hari raya kepada semua korang di atas ni....Wa nak chau dulu..ada flight yang nak di kejar.....Adios Samigos Le Santos!!!!...



kad raya ini adalah untuk siapa ek????

19 orang telah memberi komen yang sengal!:

Anonymous said...

waaa....

bertuahnyee body...

hurmm...

nmpknye i kene mandi bungalahh ni..

nk jd cam u...

hehehe

fred said...

lovers terpisah ader hikmah ker??
hahahaah

(xder maknenyer)
walhal disudut hati meraung bagai nk rak..
muehahahah


p/s: kepada sesiapa yg bekenaan sajork!!!

Anonymous said...

selamat hari raya jugak adik joey

maaf zahir batin ek

abag redz nak ke KK nie... maybe raye ke-10 ke atas.... hehe...!! motip

sambut raye dengan gembira yer =)


::redZ-Ziaf::

Anonymous said...

joey~!
besh2 cerita ito...
huhuu...
suspen, sume ada...
ceh...
owh, thanx, n selamata ri raya gak ya...

maaf zahir batin...
sowi lame tak lepak2 'umah2' owang len... ughuu~!

*nak duit raye n kad raye... huhuu...*

(^^)"

FAIZUL said...

wahaah....wei faizul tu ak ker? hehehe...btw.sesedih bebnor ak baca.pastu nak tergelak ak ko naik flight sowang2..hahhaa..

slamat hari raya neway....

Amirul Idham said...

best la dapat naik flight sorang2...
aku penah jugak...
tapi naik bas la...hahaha

pat said...

hai adik joey :)) thanks for masuk ke blog akak yg tak seberapa tuh...hehe...

HEMY said...

mak oiii..kalu aku mmg cuak gila siottt...rezeki ko bulan pose kot tuhan permudah..siap terlebih2 lagi dipermudahkan...hehe

slamat raya

Anonymous said...

Ya Allah Joey...bila baca entry ni akak pulak yg rasa sakit perut. Mmg cemas klu tertinggal flight ni.

If I were you, dah lama akak meraung kat airport tu...huhu

Kt sini akak nk ambik kesempatan ni nk ucapkan Selamat Hari Raya untuk joey & family. Maaf kan segala salah silap kata2 sepanjang kita berkenalan di alam maya ni...have a nice holiday as well.

Nur Hafiza Hasan said...

Salam ziarah..
ini kunjungan balas.. :)
Eid Mubarak juga kpd anda~

Anonymous said...

heh, lebih susah nak dapatkan suatu perkara itu, lebih tinggi nilainya kan? tapi itu memang pengalaman best..
(sambil baca post kau aku ingat cerita the terminal, snakes on a plane, dan con air, hehe)

selamat hari raya juga joey! peace.

Belladonna said...

Astaga...biar banar kau ni ketinggalan flight? Tapi paling keles tu ko saja the only passenger malam tu, special sangat.

Alhamdulillah selamat jua ko sampai ke kK untuk beraya with your family. Oleh ittew, aku laki bini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin mana tau ada tersilap and terkasar bahasa :)

azman | athena said...

uish..byk gak la rintangan nak balik kg tu..tp ok la, selamat sampai gak..hehe..aku nak balik kg ari ni..hope la takde pape menghalang..huhu..

anyway..selamat hari raya..maaf zahir batin..hehe

AK said...

eh... aku tak komen lag iek... hampeh punya connction... aku igt dah dapat save dah...

btw, giler la ko nek flight sowg2... tgk2 kena jual je kat siam... (tapi ada nilaikah??? hahaha)

btw, slamat hari raya.... ampun salah silap... (silap kutuk ko kat atas tu pun aku mintak ampun ek)... hahaha

:: cheezzy cheese :: said...

Slmat Minum Sirap di Hari Raya! =) Maaf Zahir & Batin!

aria ayumi said...

erk, biar betik! awk nek fligt sowang2?? ngaaa beshnyee!! huhu :p

salam aidilfitri joey.... maaf klw ade slh silap kite... huhu

aRa RaMaDhAn said...

Selamat Hari Raya Deq Joey..Sorry if ade salah silap ek..Take care..

AK said...

au nak bagi ko duit raya... tapi jauh sangat la... aku bagi ko tag raya!!!! hahahahahha
g Yang Terdalam untuk lebih lanjut

juliet said...

ada jugak ucapan raya untuk saya ye :) time kasih..

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .