Wednesday, October 17, 2007

KEHILANGAN DI HARI RAYA


It’s been long since I updated my story here. Sudah seminggu. Bermacam cerita. Pelbagai karenah. Sedih, gembira , bosan dan..teruja.. I am back to that ‘hell’again. Kembali kerana tanggungjawab. Kembali kerana ada yang masih belum di selesaikan.

Semangat raya?...Mungkin pudar dalam diri..bak kata seseorang itu, raya yang telah hilang…

Bagi diriku..hari raya sama seperti hari biasa…but I get to spend more time on myself..which is shockingly that I enjoyed myself.

Kadang-kadang terasa ironi bukan?..Pada satu ketika kita ia merupakan benda yang kita tidak inginkan di sini tetapi di sana pula ia menjadi benda yang paling diingini..dan di tunggu-tunggu sebenarnya…..

Mungkin sahaja apabila situasi berubah, apa yang diinginkan juga berubah mengikut keadaan. Like chameleon. Apa sahaja mungkin berlaku.

Okay, enough bout that. Cerita hari raya aku tahun ini…cukup perencahnya.

Mungkin tidak lagi menempah satu pesawat semata-mata untuk balik beraya. Just nice. Cuma terpaksa berusaha lebih sedikit. Pada mulanya, aku rasa susah hati..sebab aku tidak mempunyai sepasang baju melayu yang indah untuk di pakai di pagi hari raya..Kali terakhir aku membeli baju melayu adalah dua tahun lepas, tapi disebabkan kecuaian..aku tak dapat memakai baju melayu tersebut.

But, one day..my mum suruh aku pegi beli baju melayu sendiri. Terkejut juga. Jarang pegi ke kedai untuk membeli baju melayu. Sebenarnya tak berapa suka bersesak dan tersesat dalam lautan manusia yang penuh sambil mencari baju melayu yang menarik di pandangan mata. Walau bagaimanapun, setelah mengharungi pelbagai halangan dan rintangan..akhirnya aku berjaya mendapatkan baju melayu yang aku sukai..dan ia berwarna biru!!!

Aku pun suka dengan baju melayu aku . Ringkas , klasik dan konservatif. Aku tidak berapa menggemari rekaan baju melayu yang terlalu moden atau kontemporari. Bagi aku, keaslian baju melayu hanya akan terserlah jika rekaan yang klasik dan konservatif di guna pakai.

Tanpa disangka rupa-rupanya kakak sulung aku sudah memulakan rancangan yang aku sendiri tidak tahu mengenainya. Aku tidak mengetahui pula yang hari raya tahun ni ada tema pula. Ala-ala Anugerah Era pula. Jadi tema pada tahun ini adalah warna oren. I’ve got the wrong color code. Last minute…aku dah beli baju melayu warna biru. And I cannot return it back to the shop. Aku terpaksa menahan telinga mendengar bebelan kakak sulung aku . Masalahnya?...aku tak pilih baju mengikut tema yang telah dipilih..salah konsep la ni.

Kakak aku ni seorang yang sungguh determined orangnya. Tak boleh terima kalau orang buat silap sedikit. Walau bagaimanapun, dengan mudah masalah ini selesai. Bagaimana? Dia sendiri yang nak belikan aku satu lagi baju melayu berwarna oren. So aku ada dua baju melayu baru!!...Tapi aku belum lagi memakai baju yang berwarna biru. Maybe later. As for the orange one, raya pertama wajiblah kena pakai. So my family was deck from top to toe..in ORANGE!! Seronok sebenarnya gaya family sedondon ni…hehehehe ( so sad that I can’t show any picture during hari raya..My sister( don't know which one of them that do it) accidentally delete all the pictures!!!)

Tahun ni hari raya agak kurang meriah terutama bagi keluarga aku. Tanpa di sangka menjelang lebaran yang hampir tiba, kami dikejutkan dengan kehilangan yang besar dan bermakna buat keluarga aku. My grandmother passed away, three days before Hari Raya. Aku sedih..tapi aku tidaklah berasa sedih…tapi aku juga tidak berasa gembira. Tidak tahu bagaimana nak mengekspresikan perasaan ni. Aku bagaikan tenang malah aku juga tidak menghadiri majlis tahlilnya. Bukan kerana aku tak sayangkan nenek aku, cuma aku lebih suka bersendirian. Secara jujurnya, pulang ke kampung bukanlah agenda utama pada diriku setiap kali hari raya. Malah, tahun ini seperti tahun sebelumnya..aku belum lagi menjejakkan kaki ke kampung. Yes, I was a fussy little brat. Walaupun perjalanan dari rumah menuju ke kampung hanya memakan masa selama 15 minit , tapi aku lebih suka duduk di rumah. Seperti yang telah aku katakan sebelum ini..ironi bukan?

Kadang-kadang , my other sister selalu tanya…kenapa balik kalau asyik duduk di rumah sahaja and you don’t go anywhere…Point taken. Aku malas nak menjelaskan kesemuanya. Aku cuma mendiamkan diri. Jika aku mampu menjelaskannya, aku pun tidak tahu bagaimana. Mungkin aku boleh mengatakan

Any chance of getting away from that place is truly something that I appreciate. You all know how I feel about the place. No matter how happy I am in that place, I know that deep inside, I was struggling. Tapi, I think the main reason is that I just want to keep my face . Aku tak pernah tak balik beraya. Aku mesti balik beraya. Walau apa sekali pun. Aku tak kisah jika cuti semester selama seminggu itu aku tak balik. But for hari raya, ia adalah wajib bagi diriku.It's so pathethic for me beraya here alone and I don't need that sympathy.

Well..agak susah menjelaskan di sini….tapi begitulah...

Tapi aku juga ada saat gembiranya. Two days ago, my old schoolmates datang mengunjungi rumah aku. If you keep tailing on my friendster, you know actually what that we’ve going to plan. Yes, rancangan berjalan dengan lancar. Semuanya gembira, that was the first time I going to other people’s house… (Finally!!)

And the day before my flight take off, I make a brave move to meet someone. Surprisingly, this person treat me well and I think there are some sparkles here and there. Too bad it was just a short moment. If only I can extended the time… and I’m already missing that person.

Did I fall for someone?....Hard to explain actually..But…I let time and God doing their job…

That’s all..my raya also hilang juga…till next time….got to take shower....

12 orang telah memberi komen yang sengal!:

Anonymous said...

hey..

takziah diucapkan...

AK said...

uish... byknya yang berlaku dalam sminggu tuan amba tak hapdet blog! tentu kembang kempis lubang hidung tuan hamba menahan segala yang berlaku kan...

firstly, raya tema anugerah era... bagus betul! sekali ada 2 baju raya da.... kalo ada gambar mesti aku gelak gila2.... mesti power spek aku naik sebab shining sangat... oren??? kakak ko minat zahid ke? hehe (tatau napa, ingat oren, ingat zahid... silly!)

psal balik umah, tak kuar... ala, aku pon sama actually, aku pon suka duk umah... kuar pn byk gila habis duit... tapi kalo aku dah kuar, macam2 la medely gila aku buat... hahaha!

btw, knowing u struggling, tapi tah lah... bagi aku, cuba sikit terima keadaan, mybe this is for a better future...

ish tak ske la komen pasal benda ni... kang aku mengarut n aku komen macam pandai2 gitu! hahaha..

btw, good day! esok aku kembali ke UMP... zaman kesibukan tak hengat akan bermula!

Anonymous said...

salam takziah...

erh...tak suke balik kampong ke hehehe

Amirul Idham said...

takziah...

family aku pun ada tema juga...warna hijau..

abis suma family aku termasuk pak cik, cousin pakai warna hijau....

.:rainbeau:. said...

salam...
hehehhee...raya yg penuh warna oghen ek?
hurm...samala kita...balik kg,tp dok umah je...me sbb layan tetamula tapinye..

Anonymous said...

aku pun tak suka balik kampung. pun ada cerita. tapi tak perlulah diceritakan.

dude, aku semakin suka blog kau, heh. semakin. dulu dah suka. sekarang semakin suka.

pat said...

hai joey,

ewah,orange gitu!..hehehe...kenape lah akak tu delete gambar pulak!

Anyway,happy Raya to you,hpe i'm not too late to wished you raya :)

HEMY said...

Takziah bro.

Aku stakat ni mmg rasa takleh la kalu raya tak balik kmpung n alhmdulillah spnjg aku hidup bekerja ni..sentiasa dapat balik raya

FAIZUL said...

joey..
la ko 2 taun x beli baju raya...
ak ni 4 taun!! malas ak nak kai baju melayu tuuh..ak g semayang pon kental kai tshirt georgano ajerk...lantak lah..hehehe...

:: cheezzy cheese :: said...

eh, sama lak baju akak kaler biru! tp baju 1st raya kaler oren.. urmm..
by the way, tak salah la kaler lain2 janji kita ber-raya tu yg penting, tak brdosa pon lain2 kaler kann.. dah la joey, toksah sedey2 raya kan sebulan!

Joey said...

sobri...terima kasih

kamal..motif sentuh hidung aku yang comel nih??

tongah...yeap..gitulah kan...bukan tak suka cuma tak ingin...hehe

aremierulez..hijau? itu tema rumah kami.....

veelicious...samala kita....jadi security gad kat rumah....hehehe

azrul...semakin suka katenyer...maknanya tak suka lah tu?...ahaks...

pat..thanks for the wish....kalau you ada kat sini..blehla merasa kuih raya yang mak aku beli...hahaha

anul...thanks....biasalah nanti time kerja nanti mesti aku jugak cam ngko....

tru...tuh dia...nak jugak jenama georgano pi semayang ek...aku tak bleh..nanti bapak ngan kakak ngan mak aku bebel ngan aku satu hari...

kak yanz...apa bleh buat...orang yang pegang kuasa veto tuh kakak aku yangs sulung....matila adik yang taat katenyer...wakaka

Anonymous said...

joey!
huhuu...

hum, awat kamo p telan coment box yg kecik comey tuh?
ughuu~

hee...
thanx singgah2 umah, maapla, tak jamu kueh raye.

samat ari raye gak..
n kempunan nak tgk owang yg makai baju raye kaler oren... hum, scrol2, tade gak picture...

huhuu...
xpala, akak itu jelesh la tuh... huhuu...

n eyh, read from somewhere...
today ur besday kah?

selamat ari lahir si joey~
semuga panjang umur, n diselaputi kegembiraan...

huhuu....
jgn sdey2 neh...
(^^)"

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .