Tuesday, December 11, 2007

SATU-DUA-TIGA

SATU- MERAH YANG HILANG

Mula-mula kuning, kemudian beralih kepada ungu (masa itu adalah biru), kemudian beralih kepada merah , bagaikan mengikut pakaian yang dipakainya..juga sentiasa bertukar mengikut musim

Keserasian dengan merah semakin terasa malah ia bertahan selama dua tahun(er..rasa-rasanya kot). Jalinan kemesraan dengan merah sangat padu..bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan aku dengan merah.

Pernah sekali merah hilang bersama pakaiannya sekali, hasil perbuatan durjana sesetengah makhluk yang dahagakan ‘bantuan’ pantas, tanpa memikirkan betapa sengsaranya kehidupan tuan punya pakaian tersebut.

Merah sentiasa bersama…malah semua orang sudah tahu merah adalah kawan rapat diriku..hingga…baru-baru ini. Disebabkan yang sebelah sana berkawan dengan kuning, maka aku pun cuba untuk berkawan dengan kuning, kerana kuning memudahkan aku dengan yang di sana

Mungkin disebabkan ‘pakaian’ yang selama ini menjadi milik si merah dan dia terpaksa berkongsi dengan si kuning, menghadirkan satu perasaan yang tidak selesa dalam diri si merah. Ditambah lagi, si kuning asyik memakai pakaian dan membiarkan si merah di luar sebagai perhiasan..menambahkan lagi luka dalam hati si merah

Pada satu hari yang damai…baru aku sedari bahawa kelibat si merah tiada lagi menjadi penghias…aku menjadi kelam kabut.. aku cuba mencari di serata kawasan atau mungkin territory yang mana si merah menyembunyikan dirinya…namun tetap hampa….merah sudah merajuk!!!

Aku rasa sungguh menyesal kerana kehilangan merah..dia telah bersama aku selama beberapa musim …semuanya kerana aku seperti lebih pentingkan kuning..yang menyebabkan merah membawa dirinya jauh dariku……….

Nampaknya …aku perlu memujuknya kembali di ‘rumah ibu bapanya’ ….doakan semoga aku berjaya memujuknya kembali

DUA-MEREKA SUDAH MELAMPAU!

Mereka ini tidak sekali-kali secomel Mickey….mahupun sekiut Jerry. Malah mereka juga tidak secekap Remy dalam memasak, apa yang mereka ketahui hanyalah mengambil kesempatan di atas usaha orang lain…dan…membuat larian ala-ala ‘Devil Bat Ghost’ seperti Kobayakawa Sena dalam Eye Shield 21…. Melimpasi kawasan permainan mereka….

Selama ini mereka berada di kawasan mereka …sesekali mereka ada juga menceroboh di kawasan yang bukan teritori mereka…namun sejak kebelakangan ini..mereka agak melampau

Sudah berani menjadikan kawasan aku sebagai taman permainan latihannya. Hal ini menyebabkan aku tidak berasa selesa dan tenang, sementelahan pula kelibat mereka kadang-kadang mengejutkan dan lebih teruk lagi..menakutkan aku pula.

Tapi..tiada apa yang dapat di buat kerana segala usaha untuk memastikan mereka tidak menggunakan kawasan lain sesuka hati mereka berakhir dengan kehampaan. Kena tunggu tiga menjadi kenyataan terlebih dahulu....

TIGA-PERANCANGAN DALAM ANGAN-ANGAN

Satu pagi, kedengaran suara-suara bising tiga orang perempuan, membangunkan aku yang yang masih lagi terpiat-piat …rupa-rupanya mereka sedang berebut teritori mereka berdasarkan sekeping kertas yang dilakar oleh ayah aku…

Aaaah…itu merupakan satu perancangan…bertahun-tahun aku menanti perancangan tersebut… Mungkin tidak lama lagi akan menjadi kenyataan! Dan..aku akhirnya akan berada di Alam Ria Disney yang kuidam dan fantasikan selama ini

Mari sama-sama kita berdoa supaya perancangan tersebut akan direalisasikan dalam masa yang terdekat ini

SATU-DUA-TIGA….Inilah natijahnya…apabila kerja-kerja untuk projek tahun akhir ditinggalkan begitu saja……hehehe

4 orang telah memberi komen yang sengal!:

aria ayumi said...

adehh. kompius part mula2. dgn merah, kuning, biru, ungu, indigo... erk, ade ke indigo? :p

huhu. nak juin msk alam ria disney gakss. kene bayar fee tak? :D

:: cheezzy cheese :: said...

sah! ni musti buat keje trtangguh ni kan? cefatttttttt joey! cefatttt buat assignment tu =P

annenonymous said...

pening laaaa...

azman | athena said...

haha..aku faham akn masalah kedua tu..sbb kat rumah sewa aku ni dah mula berkurangan jelmaan itu, xtau la kalau2 diorang nak mengganas balik..hehe

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .