Monday, December 31, 2007

KESILAPAN MERUPAKAN SATU KEBODOHAN

Di kala ini, dalam masa beberapa jam lagi sebuah lagi tabir hidup akan dibuka, meninggalkan yang lama. Aku mulai sedar bahawa aku sebenarnya lemah. Aku menjadi bodoh dan penyesalan tidak berguna lagi.

Tidak mampu ku tahan lagi betapa sebaknya hatiku. Kesedihan akibat daripada kesilapan aku yang bodoh. Sekali lagi aku merasakan aku sangat lemah. Anggapan aku selama ini bahawa aku seorang yang kuat adalah tidak berasas selama sekali.

Aku cuba untuk menahan air mata yang bergenang dari kelopak mataku daripada jatuh mengalir membasahi pipi. Ku kesat kedua belah mataku agar tiada lagi sisa air mata yang tersimpan. Aku berpura-pura. Mengukirkan senyuman seperti biasa. Berlagak happy go lucky tanpa siapa pun tahu bagaimana gelodak hati diriku.

Satu kesilapan yang membuatkan aku kehilangan. Aku tidak pernah mahu cuba untuk berfikiran matang. Maka tinggallah aku dengan kebodohan yang menyelinap di dalam diri. Hanya mampu menangis......

Sepahit apa pun ini...Ia merupakan pelajaran yang bererti buat diriku...


Hati yang merawan akibat kesilapan dan kebodohan diri....sesuatu yang sukar untuk dilupakan ...

3 orang telah memberi komen yang sengal!:

azman | athena said...

kesilapan adalah sebahagian dari pengalaman, dan pengalaman adalah guru yang terbaik..

relax joey, kita mmg slalu buat kasilapan bodoh..

Amirul Idham said...

biasa la beb...
semua org buat silap dlm hidup...
kita kan manusia...tiada yg sempurna...

mulakan thn baru dgn lebih ceria....

Anonymous said...

hi joey..

selmat tahun baru..

i br je update..

so blh laa i singgah cni jap..

ko pehal ni joey??

ade2 je...
jgn sedih2 tahun baru k,,,

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .