Monday, May 05, 2008

JIWA LARA TIADA SIAPA YANG TAHU

Tak pernah ku sangka aku juga mengalami perasaan ini.Perasaan yang melara mencengkam jiwa dan sanubari. Tidak pernah ku duga semuanya akan terjadi sebegini. Aku tidak mahu lagi berpura-pura gagah sambil tersenyum, kerana aku merasakan hanya di sinilah saja aku mampu meluahkan segalanya.


Aku tahu hubungan sebegini pasti tidak akan lama. Tapi bukan dalam masa yang terdekat ini. Mengapa begitu cepat perasaan berubah? Aku begitu berusaha untuk menjaga diriku dengan sebaik mungkin untuknya tapi aku sendiri tidak tahu apa yang dia mahukan. Adakah aku ini sekadar tempat untuk dia melawan kesepiannya?

Mungkin juga kerana kesilapan aku. Terlalu lemah hingga percaya setiap kata harapan yang diungkapkan. Tapi mengapa setelah memberi sinar harapan ...dia malapkan cahayanya? Aku tahu aku sukar untuk melupakannya mahupun melepaskannya. Meskipun lembut lidah manis bicara mengatakan bahawa aku sedia berundur, hakikatnya being a true blue Scorpions, you can't really get someone off your mind.


Di kala ini, aku berpura-pura untuk tersenyum, meskipun hatiku sudah mula menangis. Entah di mana silapku hingga semuanya jadi begini. Tiada siapa di sini yang mampu mendengar luahan hatiku yang terluka. Ingin saja aku putarkan masa kembali supaya aku tidak bertemu dengannya namun itu semuanya mustahil.


Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana hatiku ini.


Aku yang kecewa......

3 orang telah memberi komen yang sengal!:

Mak Su said...

eh, maksu baru sempat datang ke sini hari ni, kenapa ya? tengah tensen ker?

Unknown said...

oh.. what happen joey???

*btw, kamu bukan faixul valensi kan??? hehe*

kecewa boleh, tapi jgn kecewa berlarutan.
ok? :)

cheer-up!!!

:: cheezzy cheese :: said...

jgn trlalu hoping.. or bagi hoping..
take care bro!

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .