Thursday, October 23, 2008

ONCE WE'VE GAIN SOMETHING, WE LOSE SOMETHING

Kepada semua kaki tv, korang pernah tengok cerita Pushing Daisies tak? Kalau korang memang mengikuti perkembangan dunia televisyen pasti tau pasal cerita ni ek....
(Yeaaaa...ini bukan cerita 5 jingga..wakaka..so funny and kelakar sangatla citer tuh)

Pada sesiapa yang tak tahu, Pushing Daisies ini (ikut apa yang aku fahamlah) mengisahkan seorang pemuda bernama Ned, yang bekerja sebagai pembuat pai di sebuah bandar yang..nampak pelik...

Ned ni nampak nerd..and hensem jugala...dan dia mempunyai satu kuasa ajaib yang orang lain takde di seluruh dunia ini....menghidupkan orang Mati!!!

Tapi....hehehe..ada tapinya....orang mati boleh hidup dengan sekali sentuhan daripada Ned. Sesiapa yang di sentuh Ned kali pertama akan hidup semula...dan sekiranya Ned menyentuh orang itu buat kali kedua...orang itu akan mati buat selama-lamanya


Ingat bleh guna kuasa ni sesuka hati?....Tak bleh juga...Once orang yang disentuh itu hidup....dan di biarkan hidup selama satu minit...pastinya terdapat satu orang juga yang mati.

Ned telah menyalahgunakan kuasanya dengan menghidupkan semula Chuck, (kekasih lama Ned)...tapi perbuatan itu menyebabkan Ibu Chuck meninggal dunia....

So sekarang, walaupun Ned dan Chuck saling menyukai, Ned tetap tidak boleh menyentuh Chuck....Chuck bleh mati semula sekiranya Ned menyentuhnya


Well...napa aku citer semua ni? Saja jer...aku nak kata

Cuma bila kita dapat satu kebaikan kadangkala pastinya ada keburukan ..huhuhu


Actually, bila semua masalah aku dah selesai dan aku gembira skrg...tiba-tiba aku masalah pulak....huhuhu

Buat kesekian kalinya aku menghilangkan lagi hp aku(aaaaaaaaaaa).....

so sesapa yang ada nombor aku tuh tolongla message aku ek....and bagi tau nama anda....

Sebenarnya takde kaitan pun kan citer Ned ngan Hilang hp neh..kan?... kan?....

0 orang telah memberi komen yang sengal!:

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .