Wednesday, December 02, 2009

Harapan di dalam Kotak Pandora!!

Harapan merupakan sinar cahaya yang juga kononnya menjadi penyelamat dunia, seperti dikisahkan dalam mitos kotak Pandora. Bila sahaja gadis jelita Pandora membuka kotak larangan yang dititipkan oleh Zeus,maka berhamburanlah segala macam keburukan, kejahatan dan segalanya yang merembeskan reiatsu negatif ke alam ini. Apa yang tinggal hanyalah satu. Ya, itulah harapan. Harapan yang dikatakan menjadi 'saviour of the mankind', penawar segala kedukaan.

Namun, kita sedar sendiri, harapan itu hanya sekadar anganan indah, buat merawat kesakitan mahupun kedukaan buat sementara sahaja. Kerana apabila realiti mula mengetuk, harapan hanya tinggal harapan, kesakitan bertambah parah, luka menjadi semakin dalam. Mungkinkah harapan itu sememangnya satu bentuk keburukan yang berselindung di sebalik keluhuran hati dan perasaan?

Kita akhirnya berhenti berharap. Membiarkan ombak realiti terus menghempas pantainya diri, supaya tidak mudah dibawa oleh bayu indahnya harapan yang diangankan.

Kehidupan harus diteruskan seperti biasa. Diri sendiri perlu diberi suntikan minda, supaya harapan tidak menjadi satu agenda keutamaan.

0 orang telah memberi komen yang sengal!:

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .