Thursday, April 15, 2010

Repekan Kelas Jula Juli Bintang Termalap!!

Kadang-kadang kita cuba mengejar mereka yang berstatus 'elevated' kononnya. Tapi pabila bersama mereka, kita sedar kita tidak mampu menjadi diri sendiri. Kita rasa rendah diri dengan perlakuan high class mereka, biarpun sebenarnya mereka tiada niat untuk melakukan sebegitu. Bagaikan rusa masuk kampung, the high status level of the hedonism mungkin agak janggal. Sekali-sekala tersenyum simpul. Namun, hati kita tahu kita bukan mereka dan tak mungkin menjadi mereka.

Tapi, mengapa kita tetap mahu menjadi seperti mereka? Entah. Tiada jawapan. Mungkin disebabkan mereka berada di level tinggi dunia hedonisma, maka kita merasakan mereka ada segalanya.

Sepatutnya kita berpaling melihat mereka yang masih mengingati kita, walaupun dirinya sibuk namun dia masih setia. Apa yang harus dilakukan?

Tinggalkan harapan itu. Kita adalah kita, tak mungkin bisa menjadi seperti dia yang memang 'ada class'. Tak perlu khuatir andai dia sudah pun menghapus jejakmu di sebalik permukaan itu. Ada banyak lagi mereka yang masih mahu bersama kita. Bergelak ketawa bersama kita. Ikhlas, bukan dibuat-buat.

Tak perlu memikirkan orang yang tidak memikirkan kita langsung dalam kehidupan.

2 orang telah memberi komen yang sengal!:

ashraf said...

terasa sedikit down dalam kata2 ni.. i thought u are happy today?

hmm hmm its true... tak perlu fikir those who never think of us in life ...

kevin christ said...

huhu... aku terasa jua dgn kata2 mu itu... my advise, jz accept who we r je..... cuba kita tgk lady gaga (motif kan contoh aku).... dia x kisah pun org nak ckp dia apa.

so... x payah susah cari kwn... mmg dah di sediakan oleh tuhan utk kita, cuma kita perlu cari ok... huhu

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .