Tuesday, February 01, 2011

Hati!


Kalau kita buka hati kita pada seseorang, rasa-rasanya apa akan jadi?

Adakah orang itu akan masuk then bila melihat hati kita kurang cantik, maka dia berlalu pergi?

Atau, apabila dia masuk, dia melihat hati itu sungguh indah, namun, selepas beberapa tahun, pergi meninggalkannya kerana hati sudah tidak cantik lagi

Atau tidak masuk langsung, hanya melihat di depan pintu sahaja. Menilai dan mentafsir sama ada pintu yang cantik sama juga cantiknya di dalam.

Atau, yang selalu dibuat orang, menilai pintu sahaja. Kalau cantik, barulah masuk. Sebaliknya, bye!

Kalau kita langsung tidak buka hati pada sesiapapun, bagaimana pula?

Even ramai yang cuba nak masuk ke dalam, tapi pintu tetap berkunci.

Adakah kita pentingkan diri sendiri kalau kita tak mahu buka hati?

Sememangnya hati itu misteri alam. Mencari kunci hati, cuma bongkarkan misterinya. :)

2 orang telah memberi komen yang sengal!:

Anonymous said...

bukala bila tiba masanya..semestinye pada yg perlu. Sape yg bertuah tu ekk?

Joey said...

hahaha... blum ada yang bertuah lagi yer rashid

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .