Sunday, November 20, 2011

Memang Syok Sendiri Pun!!

Deep down inside kita nak jadi macam HZ. Tapi hidup kita amatlah mundane. Sangat takde benda cantik macam dalam gambar-gambar blog dia.

Jauh di sudut hati, kita nak jadi macam HR. Tapi kita tak pandai sindir-sindir manja macam dia buat. Kita bukan kategori ABA mcm dia. Sindir-sindir pun berpuluh-puluh komen dia dapat. Kita pun tak dapat tiket free pegi segala macam event di dunia glamour. LoL.


Di sebalik berpura-pura tidak mahu mengikut arus perdana, kita nak jadi macam DA. Tapi kita takde benda-benda bernas yang nak dikatakan. Semua cerita tentang diri kita sahaja. Balik-balik marah Orang Yang Di Atas Langit Ke Tujuh, marah diri sendiri, dan bermacam keluh kesah Mak Esah yang langsung tidak berkaitan dengan orang lain, melainkan diri sendiri. Kita tak pandai gubah-gubah bunga, buat interior decoration ala-ala Eric Leong, mahupun bergaya sehensem dia.

Siapa kata kita tak mau jadi NR? Cuma kita tak pandai nak buat bideo-bideo kreatif. Muka kita pun tak makan bideo. Bak kata Tyra Banks, kena pandai cari sudut yang betul, supaya cahaya yang menyimbah muka kita nampak tepat dan placing kita kena betul. Dan Tyra Banks pun kadang-kadang menipu, katanya perfection is boring, sementelahan pula 'perfection' itu kadang-kadang barulah buat orang excited tengok kita.

Tapi kita suka komen blog orang. Especially blog yang ada option letak nama sahaja. Memang setiap kali online kita pegi tau. Kadang-kadang kita cuma bagi pendapat sahaja, dia nak terima tu terpulanglah. Cuma kita dah jarang blogwalking. Dulu kita selalu buat, ala-ala artis baru naik kena bergambar di kolam renang Hotel Quality dengan tagline "Berenang Untuk Kesihatan" (ala majalah mana lagi, mesti tau kan!). Tapi sekarang dah malas. Lagipun kita suka pegi blog yang dah biasa kita pegi. Yang baru-baru ni tengoklah macam mana kandungan dia. Kalau best, bagi komen. Kalau tak best tekan up, tekan down dan kelik butang x kat tepi tab dia. (Tapi kita juga ada baca senyap (silent reader), masalahnya blog dia popular sangat takut orang sepam, so kena log in untuk komen, which is kita pun malas.)


Jadi, itulah sebabnya kenapa kita tak buat promosi blog. Kita malu dengan diri sendiri. Terima kasih kepada dadyG yang komen kat shoutbox, sebab beri idea apa kita nak tulis pada malam ini. LoL.

5 orang telah memberi komen yang sengal!:

Ri said...

i think u're way too hard on yourself..
encik joey juga ada keistimewaan sendiri ;)

sYukCurz said...

aku jenis silent reader jer. hehe

bukankosong said...

ko nih...patut sgt dengar lagu 'Beautiful' dari Christina Aglra tuh

Joey said...

ri. i never take it hard. Otherwise I'll be spamming everyone shoutbox and comment box. Dan terima kasih skali lagi sebab masih mengucapkan kata-kata Tyra Banks bila seorang model tersingkir. LoL

Syuk.. aku pun slalu


rashid... aku lebih suka lagu Welcome dari artis yang sama :)

NUke_Rude said...

joey:
no need to be like others. aku suka je baca entry2 'bukan lindungan kaabah' ko.

hahaha.

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .