Wednesday, December 14, 2011

Aduh Nobita!

Sungguh malang nasib Nobita. Dapat keluarga yang semuanya tidak boleh. Mau beli itu, tak boleh. Hendak minta tolong ini, diserakah balik Ibu Nobita yang garang. Kasihan Nobita. Bila Suneo selalu menunjuk bahawa keluarganya sentiasa beri apa yang dia mahukan, Nobita hanya telan air liur. Dan berlari sambil menangis menuju ke arah Doraemon sambil memujuk supaya Doraemon mengeluarkan sesuatu dari kantung 4 dimensinya agar hatinya kembali ceria.

Acapkali bila keluarga Suneo pergi melancong, Nobita hanya senyum, menahan gundah di hati. Sekali lagi malang Nobita, bila sahaja dia suarakan keinginannya mahu pergi melancong bersama keluarga, tinggi sekali suara Ibu Nobita membantah. Tak ada gunanya katanya. Membazir. Apabila Suneo ada permainan baru dan canggih, Nobita hanya gigit jari. Minta dengan Ibu Nobita, sorry, menangis tak berlagu lah dimarahi beliau. Nasib baik ada Doraemon.

Namun, apabila Doraemon tiada di sisi, bagaimanakah kehidupan Nobita? Sentiasa di rundung duka. Dalam hati Nobita mungkin tertanya-tanya, mengapakah dia berada di keluarga yang sekarang? Mungkin lebih baik dia dilahirkan dalam keluarga Suneo. Nobita merasa sangat kecewa. Nobita cuma meminta tolong, tapi apa yang dia dapat? Penolakan dan rejeksi. Keluarga apa yang bila pertolongan diperlukan langsung tidak mahu memberi bantuan????

Biarlah. Kasihan Nobita. Mendapat keluarga yang tidak faham apa dia mahu. Dan pasti bila tiada terluah, berbuku di hati menjadi dendam.

4 orang telah memberi komen yang sengal!:

ashraf said...

kau suneo ke nobita?

Joey said...

eh..aku pocoyo. lol

NUke_Rude said...

kau doraemon??

Joey said...

sila tengok jawapan aku di atas

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .