Monday, January 02, 2012

Kekecewaan Di Dalam Hati!

Dari dahulu sampai sekarang, saya tak pernah berani untuk melakukan sebarang perubahan. Why fix if it aint broken, right? Saya cukup takutkan perubahan. Saya tak mahu apabila saya berubah, saya dapat yang lebih teruk daripada apa yang saya ada sekarang. Orang kata sungguh senang, berubah lebih baik katanya daripada langsung tiada perubahan. Tapi bila kita sudah berubah, dan ternyata pilihan perubahan itu mendatangkan keburukan, orang yang bercakap itu pasti sudah tiada bila kita mengharapkan sokongannya.

Kerja memang bosan. Tapi saya tak mahu mencari yang lain. Lagipun bukan senang untuk menjalani proses itu semula. Ianya meletihkan. Apatah lagi kita tiada kemahiran khusus. Ada kalanya kita menjadi takut untuk bertukar ke territori yang lain, kerana kita tidak tahu bagaimana orang lain menerima kita sedangkan kita selesa di dalam lingkungan orang yang sudah tahu bagaimana kita dan mereka menerimanya.

Kadang-kadang terasa diri seperti Susan Mayer. Semua perkara dilakukan pasti akhirnya berkecamuk dan mendatangkan masalah. Segala kebaikan yang dilakukan bagaikan tidak dipedulikan. Masih tersisih. Saya mencari kawan yang sentiasa ada bila saya ingin meluahkan sesuatu. Tapi saya tidak tahu apa masalah saya sehingga kebanyakan mereka menyisihkan saya, dan saya terus bersendirian. Saya selesa bersendirian, kerana saya takut apabila ada orang menjadi kawan saya, dia akan kecewakan saya. Dan hari ini saya kecewa lagi. Teramat kecewa bila saya akhirnya menjadi mangsa sisihan. Itu sentiasa berlaku dari dulu lagi bukan? Mungkin benar saya ini tidak sesuai berkawan dengan sesiapapun.

4 orang telah memberi komen yang sengal!:

sYukCurz said...

sengal la kau.

be grateful becoz u dont stuck with those guys. ingat. good friends remain, while the rest will left you..

bukankosong said...

negative tul la ko ni beb...

:P

Ri said...

begitu sekali ke..
ape2 pun hrp bersabar ye. kita hidup ni pasti akan perlu bergantung pd org lain pd masa2 tertentu.
chill k?

bukankosong said...

http://hikayatsyabab.blogspot.com/2012/01/syabab-dan-puas-hati.html

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .