Sunday, March 25, 2007

KENANGAN MENGUSIK JIWA…..bahagian 2

Bas yang kami naiki mula sampai ke sekolah yang dituju….actually we need to go sejam setengah dari Ampang….because sebelum sampai ke sekolah aku nih..kena singgah dua buah sekolah dulu yang juga terletak di daerah Kajang…the first one I think is Maahad Hamidiah, another sekolah agama tapi not fully berasrama… tak silap aku ia terletak di atas bukit ..selesai menurunkan pelajar di sana kami terus menuju ke sekolah yang seterusnya iaitu Sekolah Sultan Abdul Aziz…sebenarnya it’s on the way to my school actually…dengar kata bebudak kat sini semua terrer sukan….

Finally., sampai juga aku kat sekolah yang sebenarnya. Sekolah aku ni terletak di hujung kawasan perumahan, berdekatan dengan kawasan kampung and actually sangat creepy sebab terdapat dua kawasan perkuburan berdekatan……turun sahaja daripada bas ..kumpulan kami diarahkan berjumpa dengan guru penolong kanan…seorang wanita …tak silap namanya Ustazah Fatimah, really helps me much walaupun bebudak sekolah banyak tak suka, ada jugak perangainya dia yang aku tak suka..in fact dia sorang yang sangat tegas dalam kelembutannya. Aku sentiasa menghormatinya kerana dia banyak membantu aku…

Bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar di sekolah berasrama penuh, dan sebenarnya aku rasa sebak bila melihatkan pelajar lain datang bersama-sama dengan ibu bapa…tapi aku pula..terpaksa belajar menguruskan diri sendiri..tapi apalah yang diketahui oleh seorang budak lelaki yang baru mencapai umur 12 tahun dalam urusan persekolahan…sedihnya pegawai yang mengiringi kami terus sahaja pulang ke Pusat Pelajar YS tanpa mempedulikan bagaimana keadaan kami pada hari itu…

Aku tak pernah terfikir bahawa terlalu banyak yang perlu diuruskan seperti pembelian cadar, baldi dan lain-lain. Aku menganggap bahawa semuanya sudah diuruskan oleh pihak yang berkenaan. Ternyata aku silap. Tiada sebarang bantuan yang diberikan. Malah semuanya atas usaha sendiri. Nasib baiklah ada juga senior yang sudi membantu kami yang bagaikan anak-anak yatim ini.

When I first come to school, some of the schoolmates actually terkejut juga dengan aku. Actually my face resembles a Chinese boy, so mungkin dorang rasa hairan kot macam mana sorang budak cina boleh termasuk ke dalam sekolah agama, yes…aku selalu menerima reaksi sebegitu..Semua orang ingat aku seorang yang berbangsa Cina sedangkan hakikatnya bukan …the most Chinese thing I have done is watching the Cantonese serial…..

Hidup di sekolah berasrama penuh ni sungguh penat dan menyeksakan. Aku bagaikan mengalami satu kejutan budaya yang tak pernah ku alami selama ini. Aku tak pernah merasakan perhimpunan perlu diadakan setiap hari ……Ya!!..hampir setiap hari..termasuk hari Sabtu dan Ahad… aku tak pernah pakai tali leher ke sekolah..tapi di sini aku harus memakainya setiap hari….aku tak pernah dengar perkataan kelas prep di waktu petang dan malam sebab biasanya pada waktu petang aku tidur….(kakak aku yang suruh ). Banyak perkara yang aku tidak dapat terima sekaligus. Antaranya seperti berada di masjid tepat jam 6 sedangkan aku pada waktu ini lebih senang menonton drama bersiri Kantonis yang selalu ditayangkan di kaca televisyen. Selain itu menghabiskan masa di masjid daripada Maghrib sampai ke Isyak juga merupakan benda baru bagi aku. Lagipun keluarga aku bukanlah jenis yang selalu datang ke masjid..melainkan hanya sembahyang di rumah sahaja.

Kehidupan sebegini sangat membosankan!!! I’m in early tween, kenapa pula harus aku menjadi super duper warak di sini, and neither do I want to be Ustaz nor I want to be involved in that religious department. Kebosanan yang amat dengan rutin seharian menyebabkan aku mula memberontak…I need to do something…so I call my family supaya aku boleh tukar ke sekolah lain…. Namun hasilnya tetap hampa …..langsung tidak ada apa-apa yang berlaku walaupun hampir setiap hari aku menelefon bapaku bercerita tentang keadaan aku di sini dan mengharapkan ada perubahan berlaku…namun kecewa juga akhirnya..malah bil telefon keluargaku juga melambung tinggi disebabkan aku selalu membuat panggilan reverse charge menggunakan TeleSiswa. At that time, mana ada handphone lagi macam sekarang. Akibatnya, aku sentiasa berasa sedih dan selalu menangis...satu-satunya benda yang aku boleh lakukan ketika itu...

Oh ya…aku baru sedar sesuatu. Sekolah ni banyak sekali penyokong parti pembangkang. Kebanyakan guru juga menganggotai parti pembangkang. Patutlah extreme sangat. Sebab itulah aku sangat membenci apabila sesuatu agama itu menjadi terlalu extreme…sampai apa sahaja yang kita buat adalah haram…aku benci itu semua.. Kebencian yang mula bersarang di dalam hati disebabkan terlalu banyak pantang larang. Bukankah Islam itu amat mudah, bersifat liberal dan tiada paksaan. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Aku seperti dipaksa! Di saat ini, barulah rasa menyesal, tapi apakan daya janji yang diucapkan sewaktu ditemuduga dahulu terpaksa aku telan dengan pahit…Salah aku sendiri!!!!!

Setiap hari di sekolah dimulakan dengan perhimpunan pagi. Biasanya pada hari Isnin, perhimpunan akan diadakan di dewan sekolah…kira ini adalah perhimpunan utama..hari-hari lain pula adalah perhimpunan biasa sambil menyanyikan lagu 99 nama Allah. Bosan sungguh aku dengan rutin ini. Terlalu bosan, sehingga aku pernah ponteng perhimpunan beberapa kali. Kelas biasanya bermula pada jam 7.30 pagi..dan biasanya berakhir jam 2.00 petang….adus..penat dan sungguh menyeksakan. Lagipun selepas itu kena balik sembahyang Zuhur dan makan tengah hari sebelum kembali ke kelas semula untuk kelas prep.

Aku diletakkan di kelas yang paling hujung sekali. Terdapat lima kelas sebenarnya, dan semuanya berdasarkan nama- nama planet ,Marikh, Musytari, Zuhal,Uranus, Neptune…yah aku berada di kelas Neptune. Keadaan bilik kelas sangat teruk sekali. Kelas aku terletak di tingkat tiga, paling atas sekali di hujung bangunan, kadang kala apabila waktu tengah hari menjadi sangat panas disebabkan sebahagian siling terbuka dan kipas pula bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Pembelajaran juga aku sifatkan agak biasa dan meletihkan, apa yang aku dapati di sekolah ini ialah…semasa subjek bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, mereka membahagikan pelajar mengikut kepandaian. Maksudnya di sini semasa subjek tersebut, orang yang mempunyai asas dan kebolehan dalam bahasa2 tersebut akan diasingkan, dengan kata lain satu kelas untuk orang pandai..satu lagi untuk orang yang lembap…

Hahaha..i’m not bragging myself tapi I manage to masuk kelas2 orang pandai nih…see I’m good at language……biasanya time-time subjek English ngan Bahasa Arab ni kelas Neptune dan Uranus akan bergabung…so bebudak pandai dalam English ngan Bahasa Arab dari kelas ni..akan belajar sama-sama sekelas manakala yang lembap pula satu kelas…fortunately for me...i'm not in the latter!!!

Next time…aku mula memberontak!!!

2 orang telah memberi komen yang sengal!:

Irwan Marcello said...

haiyoo bebudak baru kenai dunia... sib baik ko masuk sekolah agama... kalau masuk sekolah biasa... merasa kena rogol dgn senior2... =P

senior2 sekolah biasa nih nakai cam lahanat... pantang jer nampak terus siap lah uols memalam nanti... =O

zee said...

tu lah kan flavio kan

seb baik masuk skool agama.. kalo masuk asrama sbp atau asrama harian mau gile budak joey neh

belum campur ragging yangntah ape2 n truk n seksa dan "urutan" waktu malam kat abg2 senior kan...??

wut ever...u survived didnt u... n u'll survive another obstacle...!!

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .