Thursday, March 22, 2007


SWITCH AND CONFUSE ..ONCE AGAIN!!

HEY..today i'm going to switch to bahasa melayu for a moment....Yap! Bersama-sama kita menggunakan bahasa kebangsaaan kita....

Saya sendiri tidak tahu mengapa bloggers sekarang amat susah sekali untuk didaftar masuk. Saya mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk ke dalam akaun bloggers saya. Ini menyebabkan saya menjadi agak malas untuk menceritakan sesuatu ke dalam blog saya ini.

Dalam beberapa hari ini, saya berada dalam kebingungan. Saya berasa sedemikian kerana saya berasa keliru tentang apakah kursus yang patut saya ambil dan daftarkan pada semester hadapan. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui apa yang telah berlaku, sebenarnya saya dan kawan-kawan baru sahaja mengambil borang untuk pendaftaran kursus pada semester hadapan. Ini bermakna saya akan masuk ke semester ketujuh dan biasanya pada semester ini program ijazah kami menawarkan beberapa kursus elektif yang boleh dipilih di samping tugasan besar iaitu projek penyelidikan bebas seperti mana yang saya telah beritahu pada cerita saya yang lepas.

Saya telah melihat senarai kursus yang telah ditawarkan dan telah pun memilih sebahagian kursus untuk didaftarkan. Walau bagaimanapun kekeliruan saya mula timbul apabila hampir semua kursus yang saya ambil mempunyai amali dan jika anda seorang pelajar universiti atau kolej, pasti anda amat mengetahui dan arif tentang apakah maksud 3+1,2+1...dalam jam kredit. Saya mendengar khabar bahawa subjek-subjek yang mempunyai amali ini akan membawa saya berjalan-jalan ke tempat lain...dan saya sudah lama tidak berjalan-jalan melawat negeri ini....Secara jujurnya saya tidak pernah langsung pergi berjalan-jalan makan angin di sekitar negeri ini.

Ada kawan mencadangkan supaya saya tidak mengambil terlalu banyak subjek beramali kerana ini akan menyebabkan saya menjadi sangat sibuk dan berkemungkinan besar saya tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada projek penyelidikan bebas saya.Saya berasa keliru dan tidak tahu apakah yang patut saya buat. Menurut kawan saya lagi, adalah lebih baik saya mengambil satu subjek ini di mana subjek ini tidak mempunyai sebarang amali.. tapi saya seperti tidak berminat dengan subjek yang ditawarkan itu

Namun, subjek itu mempunyai beberapa kelebihan ...antaranya ialah pensyarahnya yang baik, mudah mesra dan sangat baik hati di mana soalan peperiksaan yang disediakan oleh beliau mudah dan dapat dijawab dengan senang...justeru itu, ia membolehkan saya mencapai markah yang tinggi dalam subjek itu. Markah yang tinggi akan meningkatkan gred saya, dan apabila gred saya meningkat sudah tentu purata nilai kumulatif saya juga bertambah dan peluang saya untuk tersenarai dalam senarai kepujian dekan mungkin cerah!!!

Mungkin ada yang menganggap bahawa saya belum lagi mengenali pensyarah terbabit, tetapi beliau ada mengajar satu subjek wajib untuk kelas saya pada semester ini. Berdasarkan pengalaman saya belajar dengan pensyarah itu pada semester ini, maka saya berasakan adalah patut saya mengambil subjek itu. Tetapi kekeliruan masih ada....

Itu sahaja untuk kali ini..dan pada malam ini saya tidak akan dapat untuk menjawab sebarang komen atau sebarang kata-kata di ruangan sembang saya dan orang lain...kerana selepas saja mandi dan makan, saya akan terus menuju ke bilik kawan saya Si K(Hijau) kerana saya ingin mengulangkaji bersama-sama dia memandangkan esok terdapat satu lagi ujian dan saya sangat terdesak untuk mendapatkan markah yang tinggi.....ya...inilah subjek yang membuatkan saya sakit hati dan geram disebabkan markah yang saya perolehi untuk ujian yang pertama dahulu adalah sangat sedikit.....rasanya saya pernah memberitahu mengenainya kepada anda dalam cerita yang terdahulu

sekian TERIMA KASIH :)

3 orang telah memberi komen yang sengal!:

Unknown said...

Hiks..good luck nok...jam kredit katanya..mak masih trauma dok teringat kolej..matiker mak dos kertu?? OOpsss...

Anyway, macam tahu je nak tiru gaya menulis dlm BM nih..hiks... Parlez vous francois?? Ehh betul ker nih?? hehehheeh

Anonymous said...

i dah comment sini tapi tak keluar. apa pasal?

u ambil la kelas ada org yang best dipandang. hahaha.

Joey said...

lee...bahasa apa tuh?...matila tatau..wakaka

pop monkey....orang dalam kelas aku semuanya selalu aku pandang...
so...hilang keistimewaan dorang di mata saya..hehehe

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .