LUAHAN PERASAAN
Hendak mengikut ke hujung bendang
Sayang pauh tepian kali
Bagai melukut di tepi gantang
Dibuang jauh tiada peduli
Seri Mersing indah gemawan
Menjadi tempat puteri beradu
Hati runsing jiwa merawan
Tiada tempat untuk mengadu
Saja...berpantun...dah lama tak buat....satu-satunya skill kelebihan aku. Tapi ...aku rasa dah semakin menurun. Mungkin sebab dah jarang buat kan...tapi still..it's a useless skill...don't you think??...
Lagipun aku tak boleh guna kemahiran ni untuk apa yang aku belajar sekarang. Terlalu banyak kontradiksinya dengan apa yang aku belajar sekarang ini.Mungkin bidang sastera merupakan kelebihan aku ...but.....sometimes we don't have choice in life. Bila harus memilih, kita terpaksa memilih perkara yang akan mendatangkan kebaikan kepada kita di masa hadapan. Walaupun itu bukan pilihan kita sebenarnya...........
Kenapa mesti ada rasa rendah diri?....kenapa keyakinan diri mula berkurangan?...Entahlah...
Adakah patut aku menyalahkan situasi??..Mungkin...demi memuaskan hati. Ya, suasana kolej dan keadaan di sini membuat aku jadi begini. AH...mungkin saja rakan-rakan bersalah.......
Mereka tidak pernah tahu bagaimana perasaan di dalam hati yang kosong dan sedih. Ya...
atau...
Salahkan sahaja diri sendiri.... ya...aku memang bersalah...
Kenapa tidak 'mengaktifkan diri' semasa di permulaan dahulu? Mengapa seperti kera sumbang ketika sepatutnya dahulu beramah mesra?
Dan...Mengapa tidak diambil peluang untuk menonjolkan diri ...?....
Apabila sudah sampai ke tahap seperti ini..menyesal pun sudah tidak berguna lagi..semuanya sudah terlambat.....
Maka..jadilah manusia yang sentiasa kosong, bersendirian dan hidup tanpa arah dan tujuan...
Aku cuba...cuba membaiki kelemahan...namun semuanya bagaikan tidak membantu...malah...aku masih sama seperti dahulu...bukan..mungkin lebih teruk daripada dahulu
I admired my neighbour...F.. bukan kerana dia selalu kacau aku..tapi he's just can get along with everybody well. He can blend perfectly almost with anyone.
and I don't have those skill. I really want to get along well with people.
Tapi...entahlah...semuanya serba tak kena... Fikiran pun menjadi buntu...
Kadang-kadang ...terfikir...adakah dengan membaiki dan mengubah 'benda' itu.....maka semuanya masalah terhapus begitu sahaja??...
Banyak wang dan masa dihabiskan hanya untuk 'benda' itu sahaja...tapi tiada satu pun setakat ini yang benar-benar membantu...
Aduh...hidup sesungguhnya tiada keadilan.......
Walaupun aku banyak membuang masa dan wang disebabkan hendak membaiki dan mengubah 'benda' itu..aku tetap melakukannya juga...
Semuanya demi satu harapan.....harapan agar apabila semuanya berjaya....maka dapatlah aku menghilangkan kekusutan dan kerungsingan yang melanda hati dan fikiran
Oleh itu..aku terus mencari ........................
POST ENTRY
Aku dah tukar nama blog aku...bukan lagi Looking for Shades of Happiness and Relief!!..tapi ...tengok sendirilah kat atas nun.........well...that reflects my thought now.....yang sepatutnya .....kerana bila ada happyness and satisfaction....maka satu kelegaan pasti akan menjelma......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 orang telah memberi komen yang sengal!:
hurm siap tukar nama blog...
rasanya what done in sem ni, lupakan je lah... jadikan pedoman...
mula sem depan, mulakan yang baru... itu yang selalu aku buat...
at first, sem 1 aku teruk gila sebab dapat engine tapi otak bio... macam2 la aku buat... sem 2 aku usaha ubah sikit, sem 3 dapat sikit la ubah... sem 4 ni nmpk ok sket...
aku guna masa cuti la untuk kumpul balik tenaga aku dan set kan apa yang aku patut buat dan tak patut buat untuk sem akan datang...
apa yng boleh dibuat sekarang, dont look back too much on the past, what important in the present and the future...
everyday is a new challenges for us, to find, and to adapt...
maybe bila ko dah ubah nnti, ko ubah nama blog ni lagi! hehe
apakah benda itu? penile size ke? hahaha.
new tagline ek...wish u all the best
"am i not good enough - part 2" updated!!!
saja je updat awal sebab ta ko nak balik dah...
baik tak aku?
tapi sowi, ayat terabur sket, mamai, tapi kena update gak...
btw, chat kat tepi blog ko ni dah tkde ek?
susah la plak nak kaco2 ko... huhu
Joey
love your pantun... this is mine..
"anggerik desa di dahan jati
bunganya gugur di tepi titi
jangan dirawan wahai hati
apa yang hilang carilah pengganti"
Menggegar pauh di tengah laman,
Ranumnya buah idaman semua,
Besar sungguh budinya tuan;
Sudi menyinggah ke teratak hamba.
Jangan dijerat denak di hutan,
Kejarlah puyuh di hujung paya,
Apalah sangat yang hamba karutkan;
Sekadar menghibur hati yang ceria.
Pucuk Selasih dipuja perawan,
Semerbak haruman indah mewangi,
Terima kasih hamba ucapkan;
Kunjungan tuan, hamba hargai.
Adab berkawan tuturnya sopan,
Luhurnya budi siasah diri,
Salam perkenalan hamba hulurkan;
Jika sudi singgahlah lagi.
Hehheheheh!!
Post a Comment