Wednesday, April 18, 2007

PERSEPSI DAN IMPRESSION...


i was back.....grateful because the exam was not quite as hard as usual...maybe just a little bit here and there...but i manage to answer all the question...

oklah...hari ni nak cakap pasal apa ek....well macam dalam tajuk tu....mesti semua tertanya-tanya ..apa plak yang aku nak blabbing malam ni....

sebenarnya...pernah tak kita membuat persepsi atau tanggapan pada seseorang itu?....kita hanya menilai seseorang itu berdasarkan dari penampilan luarannya ..tanpa memeriksa dan mengenali..kemudian kita terus melabelkan mereka dengan jenama-jenama yang tertentu....

aku pernah...malah aku rasa aku sentiasa berbuat begitu....bagi aku mereka yang cantik, kacak dan cute sudah tentulah baik dan bersopan....mereka yang bergaya high class..mestilah mereka orang kaya....dan banyak lagi.....semua tanggapan dan persepsi ni merupakan salah satu daripada sifat manusia yang suka menilai......

kita juga suka memberikan persepsi bahawa seseorang yang tidak mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas adalah mereka yang kurang baik atau bahasa kasarnya kurang ajar...

mungkin kita pernah mendengar seseorang membuat kenyataan bahawa dia tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa ..asalkan hati baik dan mudah mesra..tapi berapa ramai yang benar-benar berfikiran begitu?...

andaikan terdapat dua orang di sini ..di mana seorang merupakan orang yang kacak/lawa/cute/cantik manakala yang seorang lagi pula adalah keterbalikan daripada ciri-ciri ni..jika diberi pilihan ..yang mana satu kah pilihan anda untuk didekati?.....pastinya semua memilih yang kacak/lawa/cute/cantik itu bukan??...alasannya mudah..persepsi orang bahawa yang indah itu semuanya bagus, baik...

di sebabkan persepsi yang cantik itu baik, yang kacak itu bersopan, maka ramai pula yang berusaha untuk menjadi cantik dan kacak, dengan harapan agar mereka diterima oleh golongan masyarakat....tidak kira apa cara sekalipun...

menilai seseorang berdasarkan fizikal bukanlah sesuatu yang agak asing bagi kita...as a said before, orang yang "sempurna" sahaja akan disukai oleh orang ramai....didekati dan di puja..manakala yang kurang dan "cacat" pastinya tersingkir dan tidak dipedulikan...

bagi aku..persepsi orang pada aku agak penting...aku sendiri tidak mahu sesiapa menganggap aku adalah begitu begini..sedangkan hakikatnya mereka tidak pernah cuba untuk mengenali dan mendalami diriku yang sebenar

terasa seperti invincible pabila kita kurang "kelebihan-kelebihan" ini....mungkin benar kata orang.....beauty is in the eye of the beholder.....tapi rasa-rasanya definisi dan tahap piawaian semuanya sama kan.....walaupun ada berbeza tapi it's not much kan??

semua orang ingin dianggap cantik dan kacak.......tiada siapa yang mengaku dirinya mempunyai kekurangan.....kerana persepsi adalah segala-galanya.....

jawatan..pengaruh dan pelbagai lagi "advantage"....

disebabkan persepsi dan tanggapan juga...maka adanya ketidakpuasan dalam hati...cemburu dan dengki mula mengawal nafsu.....pada sesiapa yang dapat mengawal emosi dan hati...itu sudah cukup bagus..bagaimana pula jika tidak?

well...itu jer yang nak cakap kat sini...minta maaf kalau aku merapu ntah hapa-hapa sampai fikiran korang terbelenggu dengan tinta membingungkan ini

oh ya....please pray for my success in the third subject that i will be taking its exam this friday

FST3102- Food Chemistry

2 orang telah memberi komen yang sengal!:

Unknown said...

Well, that we called as first impression~tapi, tak semestinya first impression tu betul~orang sekarang ni cuma nak bergaul dengan orang yang berpengaruh jer, even sometimes Im sick of it~ Well, even tak ramai pengaruh dapat title popular sikit pun cukuplah~ahaks!!mengarutlah khairi ni!

Anonymous said...

joey suka hati saja buat kesalahan teknik bahasa yang keterlaluan. nak kena ketuk ke? tiba2 rasa mcm professor english.

i tak boleh la kawan rapat sgt dgn org yang lawa2. nanti jatuh hati, susah.

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .