Saturday, June 23, 2007

AKU TIDAK SELESA.....




I think I need to write this in my entry. Setelah lama aku merasakan yang aku sentiasa feeling uncomfortable. Rasa ketidakselesaan dalam menjadi diri sendiri. Not comfortable in my own skin, not comfortable in the way that I presents myself to people, and not comfortable in the way I behave. Semuanya macam tak kena.







Susah sebenarnya nak terangkan bagaimana perasaan tidak selesa ni. Atau dengan kata mudah tidak menerima sesuatu keadaan seadanya. Kadang-kadang aku berasa keliru dengan diri sendiri. Bagaimana harus aku membentuk identiti yang sememangnya adalah aku? Maybe aku masih lagi tercari-cari apakah personaliti yang sesuai dengan perwatakan diri.
Pada pandangan orang lain,aku seorang yang funny, blur and straight(lurus). Itu pandangan orang. Aku pula? Tak tahu bagaimana nak describe.....








There’s a lot of things that I’m not feeling comfortable with. Terutama sekali pasal diri sendiri. Orang-orang di sekeliling pun ada. Malah keadaan juga membuat aku tak selesa. I don’t know bila masanya aku menerima diri seadanya. Mungkin perkara itu tidak akan berlaku .
Tak lama lagi semester baru akan bermula. Aku gembira tapi dalam masa yang sama aku tak selesa. Bukannya sebab my pointer is going down, tapi kamu semua dah tahu kan aku datang ke kolej pun bukan nak belajar sangat pun, dah cerita dulu, so tak nak ulas panjang-panjang lagi. The thing is , kalau aku terus bekerja tanpa masuk ke universiti mungkin aku rasa lebih bahagia berbanding sekarang. Atau lebih selesa kata lainnya. Aku sedar bahawa aku masuk ke universiti is just following a trend, dan aku pernah merasakan hidup takkan lengkap kalau tak ada segulung ijazah. That was then. Apa yang aku dapat selama ini? Cuma kesunyian dan perasaan tidak selesa, and I’m faking the look of happy in my face.






As usual, my practical dah nak abis. So terpaksala ucap selamat tinggal ngan kawan-kawan yang sama-sama praktikal ngan aku ni. We have another week to go. Walaupun dua bulan jer sama-sama dengan dorang, tapi dorang sentiasa buat aku rasa happy. Kawan macam dorangla yang aku nak. Funny,witty and sometimes cynical….macam serasi dengan aku. Dan aku menyesal mengapa aku tak masukkan UMS sebagai pilihan pertama aku masa memohon dahulu. Akhirnya, aku sendiri rasa uncomfortable with that choice.(I’m not making the choice to go to that place).






Bila bersama-sama dengan kawan aku yang dekat kolej tuh, kadang-kadang aku berasa sangat tidak selesa. Aku tahu, aku tidak pernah masuk ke kolej matrikulasi, bukan juga berasal dari negeri yang sama, tak bertutur dalam loghat dan bahasa yang sama.....dan mereka hanya di dunia mereka sahaja. Aku merasakan aku terpaksa menghipokritkan diri untuk hidup bersama-sama mereka. Aku rasa tidak selesa yang mereka tahu itu dan ini, sedangkan aku tak tahu sebarang perkara. Aku rasa tidak selesa bila mereka layan aku sebagai outsiders(mungkin mereka anggap aku begitu agaknya).Aku rasa tak selesa bila aku tak dapat berkongsi jenaka dan cerita yang sama dengan mereka. Kalau ada pun jenaka recycle.(Itupun ketawa yang rasa aku di buat-buat). Aku rasa tak selesa bila di anggap sebagai melukut di tepi gantang. Hanya berguna apabila keadaan memerlukan. Itulah sebabnya aku tak suka balik ke kolej sebenarnya, kerana aku tahu apa yang berlaku seterusnya. Mereka datang kepadaku mengatakan mereka rindu kerana dah lama tak jumpa. Tapi, selepas beberapa lama mereka juga yang bersama-sama sesama sendiri, padahal mereka praktikal sama-sama. Tak puas lagi ke? Mereka layan orang luar yang bukan sentiasa bersama mereka lebih baik berbanding aku. Mungkin aku ni membosankan. Maybe betul juga apa yang sesetengah orang cakap , hanya orang-orang senegeri sahaja yang boleh berkawan dengan baik. Lihat saja aku ngan kawan kolej berbanding dengan aku bersama kawan praktikal. They're(kawan kolej) nice people actually, cuma dorang tak layan aku sebagaimana yang aku nak dorang layan aku. In the end, I was left alone, hanya spend time a lot with myself. Harapan aku.....aku nak cepat menghabiskan masa belajar aku di kolej, supaya aku takkan berjumpa dengan dorang(kawan di kolej) lagi. Bukannya aku benci mereka, cuma aku rasa tidak selesa bersama mereka.






Mungkin aku yang membuatkan diriku rasa tak selesa. Aku inginkan orang melayan aku seperti seorang kanak-kanak, sedangkan aku tidak sedar bahawa aku semakin dewasa, seharusnya bersikap matang dalam segala hal. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjadi seorang lelaki yang sebetulnya.




Aku juga berasa tidak selesa dengan keadaan bahawa aku tidak mempunyai seorang abang. Mungkin dengan adanya abang, dia boleh mengajar aku to develop 'sense of coolness' yang ada pada seorang lelaki. One of the reason why I always watch guys is I love to see the 'sense of coolness' pada lelaki. I admire lelaki itu, cuba menjadi sepertinya but I'm fail to do so. And this happen banyak kali.





Terlalu banyak bergaul dengan perempuan juga membuatkan aku tidak selesa. Tidak selesa kerana banyak benda tentang lelaki yang aku tidak tahu. Apa-apa perkara berkaitan juga aku langsung tidak pernah tahu. Sungguh tidak selesa. Yang lebih membuatkan aku tidak selesa, aku kurang kawan lelaki. Aku lebih banyak tahu tentang lagu dan muzik, terutamanya penyanyi wanita. Aku tak selesa dengan keadaan aku sekarang.





Kadang-kadang aku juga berasa tidak selesa bahawa aku mempunyai kakak dan adik. Tidak selesa mengetahui aku terpaksa berkongsi kasih dengan 4 orang lagi. Aku teringin menjadi anak tunggal. So I can get whatever I want. And I don't have to be sad or merajuk bila tak dapat apa yang aku nak. Tapi, takdir-Nya sudah begini. Terima saja seadanya. Namun di sudut hati sekali-sekala perasaan tidak selesa itu tetap ada.




Aku tidak selesa bila aku banyak memikirkan perkara yang remeh temeh. Perkara yang mungkin dirasakan tidak ada guna langsung bagi kebanyakan orang. Fikiranku terlalu rumit, mengapa aku tidak berfikir secara simple sahaja seperti kebanyakan lelaki lain? Dan itu bukanlah satu kelebihan.



Semuanya pasal diri aku, semuanya aku tidak selesa. Ada banyak lagi rasa tidak selesa, tapi aku tak tahu bagaimana nak tulis di sini. The fact is....I don't feel comfortable with the way I am, the condition and the environment that I have to face.



Nak mengubahnya?..sesuatu yang mustahil. Kalau boleh pun bagi aku seperti tidak berguna lagi. Minta maaf kalau apa yang aku tulis ni menyinggung perasaan sesiapa, dan agak bercelaru dan mengelirukan, tapi beginilah fikiran aku sekarang. Luahan perasaan dari seseorang yang tidak selesa dengan dirinya sendiri............




agak sukar untuk meluahkan segalanya kepada sesiapa pun, banyak lagi yang aku fikirkan.....kalau ada yang tahu aku fikir macam mana, pasti dia rasa terkejut......

5 orang telah memberi komen yang sengal!:

Mr. Arul said...

Hye Joey,
Ingat hanya kita saja yang dapat mengubah apa yang ada disekeliling kita. Yap, dari cerita you.. you memang confuse dengan diri sendiri. Lepas ini, cuba berani mengeksperimentasikan diri you. Jangan cuba jadi diri orang lain, jadila diri you sendiri. Selesakan diri you dengan apa yang you miliki.. Take care ya..

Unknown said...

joey...
Im only said like this..
Be yourself..
Kita tak boleh jadi seperti orang laen..
tetapi kita boleh mencontohi mereka.
walau apa pun..
yang penting kita tetap diri kita..
jangan persalahkan orang laen...
biarkan aper yang mereka kata...
dan tumpukan perhatian terhadap diri kita...
Biarlah diorang sisihkan kau...
but maybe u can change that if u dou something that can open your eyes...
masa tu diorang akan realize pasal ko...
whateva it is joey..
trust yourself..
be yourslef...

aku tak pandai motivasi2 nie

ZEYN, THE PERPETUAL STRANGER said...

joey,

been there, done that. don't let your troubles trouble you. live one day at a time.

by the way, bila nak karang poem lagi?

AK said...

joey joey...

apsal aku rasa aku yang tulis entery ni... banyak betul yang kena dekat aku, bnyk betul persamaan macam aku rasa... so lepas ni tak yah la aku tulis entry cmtu, aku linkkan ke blog ko je... huhu

serius... aku rasa mcm apa yng ko rasa gak, feel left alone, dilayan nak tak nak... entahlah i'm freak kowt...

pasal sense of coolness, totally agrre with that paragraph... aku kan anak pertam, so nak explore sendiri tu susah...

pasal tak selesa kat kolej, kita usaha la sedaya upaya... aku tak setuju ko ckp ko msuk u sbb follow the trend, bagi aku apa yang berlaku ada hikmahnya, maybe tak nampak sekarang, later we will see it...

yang penting try jadikan setiap hari yang berlalu bermakna. jangan pk sangat pasal loneliness tu, nanti kita yang down... buat apa yang ko suka buat, lyn lagu, tgk movie... walaupun alone, macam aku jugak...

neway thnks kongsi entry ni... rasa macam kena gila ngan aku...

sori lah kalo komen ni mengalahkan tuan punya blog... menaip laju2 sebb rasa something ngn entryni...

good day to you!

FAIZUL said...

joey..
awat x selesa plak?/
rsa cm nak berubah ker?
and org sekeliling la yg wat u x selesa kan?

tatw nak ckp per..
just blaja how to be ur self..
x payah nak pikir sal org lain..

btw..joey...
ak da x der tenet ni kat blik..
so jarang la dapat baca blog ko..
kalo ak online nti ak baca yer..

thanks all this while..
hope u doin fine okey..

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .