Thursday, October 04, 2007

TAK TAHU APA

Aku tak ingin ia terjadi...namun ia terjadi juga

Sudah ku katakan pada diriku...aku tak ingin bersedih lagi

Yang ku mahu ..hanyalah meniti kegembiraan sepanjang hari

Harapan aku agar ia tidak terjadi....

Apakan daya..takdir menentukan ia tetap terjadi

Dan sama seperti yang aku anggapkan ianya terjadi

Hilang sudah dimensi yang kucipta selama ini

Kekuatan yang di cari luntur tanpa ada belas kasihan

Aku inginkan ketenangan

Aku perlukan kesabaran

Aku tak mahu perasaan itu menguasai ruang hatiku

Aku tak mahu apabila emosi diriku terlalu lemah, perasaan itu pula subur

Aku tak mahu perasaan itu menebal hingga melenyapkan rasa sayangku padanya

Aku tak mahu perasaan ini menjalar ke segenap ruang dalam jiwaku

Tiada apa yang dapat ku katakan

Cuma kemaafan dan keampunan yang aku pohonkan

Tiada apa lagi yang tinggal buat diriku

Tidak mampu kuluahkan rasa yang terpendam

Hanya mampu menghitung hari

Mengira baki masa yang masih ada


Tinggallah dimensi yang kucipta

Hanya memerhati dari jauh

Kerlipan bintang yang mempesonakan......







10 orang telah memberi komen yang sengal!:

FAIZUL said...

stop thinking bout something that bothered u alot..just have fun dude!!

juliet said...

gorgeous template..and gorgeous poem too..

Anonymous said...

hey joey..bila balik raya?

aku balik sarikei 7.10..

selamat hari raya kat ko..

halalkan makan minum i..k?

keep in touch..

msg..

heartbreaker

HEMY said...

kalu ko sendiri tak tau apa..aku lg la tak tau sapa or apa yg mengomel ala poem tu...ehehe

.ain. said...

Hey, thanks for dropped a comment at my cache.

Nice poem u got ere. Sgt tulus & mendalam!

hm..referring to ur comment, whenever i felt down, i love to re-read my writing titled Live and Life-http://yinnin.blogspot.com/2007/02/life-and-live.html

Hope u'll recuperate soon..

p/s: Sometimes we dun have to try that hard to please people. Some are not worth it ponn. Well, bad days didnt stay long...! =>

J u l i a 。.゜✿ said...

joey ni cina ke melayu ? makcik dah mula kompius neh..

aiseh joey.. tell me more bout heroes lar..

Anonymous said...

weh maner TB weh?
xkan la xder kot.
muehahhaha

azman | athena said...

hai..sajer2 singgah..hehe

Anonymous said...

wohoooow!!!!


aku rase kao ni sorg penyajak yg terlatih..!!

teddybearhijo~ said...

kenapakah ini joey?
hum2...

papepon, manyak2 sabau... n mintak kat DIE manyak2 eyh...

semuga kamo itu happy2 selalu...

(^^)"

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .