Monday, November 12, 2007

MERUNGKAI MISTERI YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN

Misteri kehidupan merupakan sesuatu yang unik untuk kita hayati. Sangat menarik, jika tidak...masakan Nougami Neuro sanggup turun dari alam Barzakh dan mempergunakan Katsuragi Yako sebagai bonekanya...hanya untuk mencari misteri yang paling sedap di dunia...(Sila baca Kreko....... :) )

Setiap orang ada kemisteriannya. Sesetengah berbaur kejahatan dan penuh dengan dendam, ada juga sebaliknya. Ada juga orang mempunyai misteri yang sukar dirungkaikan...manakala yang lain..seperti buku yang terbuka.....sesiapa sahaja boleh membacanya.

Kadang kadang ia menjadi kerisauan di dalam hati jika misteri itu tidak dapat diselesaikan...malah menjadi igauan buruk kepada mereka yang cuba menyelesaikannya.

Ada kalanya, di sebabkan perkara tertentu, ada rahsia misteri yang terpaksa disembunyikan. Hal ini adalah penting memandangkan ia melibatkan reputasi dan maruah diri.

Tiada siapa boleh meneka perasaan yang ada dalam hati melihat kepada riak wajah sahaja. Dan tiada siapa yang dapat mengetahui kesusahan hati walaupun terukir senyuman di bibir.


Mengapa rahsia perlu di sembunyikan? Rahsia yang akhirnya menjadi misteri yang sukar untuk dirungkaikan. Ada pelbagai alasan.

Mungkin berasa takut dengan penerimaan orang lain terhadap diri. Tidak mahu orang lain memberikan pandangan yang serong. Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ini bukanlah satu masalah besar. Malah, tanpa rasa takut disertakan pula dengan keyakinan yang tinggi , menunjukkannya dengan bangga. Dia mungkin di terima. Kalau tidak, sudah tentu caci maki atau kutukan sepedih hempedu akan menjadi santapan hariannya.

Manakala bagi yang takut pula, terpaksa sembunyi di sebalik bayang-bayang sendiri. Dan akhirnya menjadi satu misteri yang merumitkan keadaan.

Ada juga menyimpan rahsia kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tidak mahu orang lain bersimpati dengan keadaan dirinya. Bukan menganggap orang yang bersimpati tidak penting, cuma itu adalah masalah diri sendiri dan dia seharusnya tidak dibebankan dengan masalah itu. Rahsia akhirnya bertukar menjadi misteri yang sulit.

Agak sukar untuk seseorang itu menyelami perasaan individu misteri. Keceriaan yang dilayangkan untuk tatapan umum mungkin sebagai helah untuk menutup misteri serta rahsia masalah yang rumit. Lebih mudah sekiranya kita berfikiran ringkas. Namun, hakikatnya tidak.

Mungkin , apabila misteri menjadi rumit , ia menjadi kekeliruan. Kekeliruan dan kecelaruan bergabung menghasilkan satu tindak balas yang sedikit negatif. Itu adalah dijangkakan, kerana apabila orang sudah bosan untuk merungkaikan misteri, maka sedikit sebanyak kebingungan dan kekeliruan akan timbul.






Dapatkah misteri yang rumit ini diselesaikan?







Mungkin ya..... hanya jika seseorang itu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya

Mungkin juga tidak..... kerana apabila dirungkaikan, ia menjadi satu bebanan dan masalah yang baru pula kepada mereka yang menyelesaikannya



Kehidupan kita tidaklah seringkas dan semudah kehidupan binatang mahupun tumbuhan..kerana kompleksnya kehidupan kita..maka itulah yang menjadi misteri yang sukar untuk dirungkaikan........

6 orang telah memberi komen yang sengal!:

Anonymous said...

life is always to complicated
my life is complicated too
its is hard to solve even a tiny simple problem
but most of my time i try running away from my problem
thus made me make many mistakes
so, i just make sure i do not repeat the same old lame mistakes
because repeating mistakes makes me fool n foolish

u can be a mystery man and keep ur own secret only to urself
n tell n expose it only to whom u want to
but u have to respect others by telling them what u feel
so other can respect u to
and accept u too

ape yg aku melalut nie....terobses ama kreko jugak kah....??

be strong ok joey


::redZ-Ziaf::

truanta said...

before misteri tu jadi beban biarlah dia tak terugkai langsung..memang susah nak lupakan misteri tu tp lebih baik dilupakan aja...makin banyak dipikir makinserabut nti kepala...

there certain thing that in life we have to keep it for ourself...cause we dont know what going to happen when its untied....no one knows..

once its untied , it could never be like its used to be...

Rockafella Gurl said...

mak ooi serba mesteri jer entry kali ni.. sungguh aneh!

athena said...

tu la, aku pun berstuju dgn Rockafella Gurl tu, entri yang ringkas telah berjaya kau kompleks kan..lantas menjadi misteri..ya..sungguh aneh..!!

Mysterious Acquaintance said...

Some mysteries are best to be unsolved and remains mystery as it is.

Revealing the truth doesn't always a good things since most of it is bitter than sweet.

No matter how horror or secretive a aystery can be, it adds value to our life. treasure it and bare with it. Strong heart can stand it. U noe u can..Best Of Luck!

aremierulez said...

aku pening dgn kemisterian entri ini...
membuat kan komen aku menjadi misteri sehingga tidak dapat di tulis di sini...hehehe

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .