Friday, February 22, 2008


CREATING A CHANCE FOR ME AND MYSELF


Bila kita membicarakan tentang peluang, ada sahaja benda yang menarik pada pandangan aku. Satu peluang akan membolehkan seseorang itu mengubah kehidupan atau memiliki apa sahaja yang diingininya. Satu peluang membolehkan seseorang itu meraikan cinta yang didambakannya.

Orang kata peluang ada di mana-mana. Tinggal kita sahaja yang perlu mencari dan mengorek rahsianya. Oleh itu, aku dapatkan transkripkan bahawa peluang itu seumpama misteri yang perlu diselesaikan. Peluang hanya akan dapat diraih sekiranya misteri dapat diselesaikan.

Aku selalu menganggap bahawa peluang akan sentiasa datang pada diriku. Namun, sejak beberapa lama aku mula menyedari bahawa peluang tak akan datang tanpa kita sendiri berusaha memberikan diri kita peluang.

Dunia ini hanya ada dua bahagian. Mereka yang berusaha mendapatkan peluang dan mereka yang tak perlu berusaha sedikit pun, tapi sentiasa ada peluang. Aneh bukan?...Tapi memang ada orang yang tak perlu berusaha dan sentiasa mempunyai peluang.

Now I know that I need to work hard to get that chance...Sometimes orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan peluang, biar pun terpaksa bertindak dengan kejam! Tapi aku masih mempunyai hati dan perasaan.

Walau bagaimanapun, aku akan berusaha mendapatkan peluang yang ada biarpun aku tidak mempunyai semuanya......

Dan aku harus sentiasa memberikan peluang kepada diriku sendiri.............

7 orang telah memberi komen yang sengal!:

Anonymous said...

Peluang, hanya akan ada jika kau berada pada masa yang tepat, di tempat yang tepat.
Itu ayat yang aku dengar dari mana entah.
Aku akui, agak sukar untuk aku memberikan peluang pada diri aku sendiri.
Mungkin kerana aku terlalu tegas pada diri aku sendiri.
entahlah

truanta said...

peluamg apakah itu??

Hujan Malam said...

kadang2 kite xtau sama ada peluang yang kite dpt tu sesuai tak utk kite..tula masalahnye..tp klu ad peluang saya nk putarkan waktu..

aremierulez said...

peluang...

aku amat sensitif dan sakit hati bila mendengar perkataan ini sedikit masa dulu...

skarang aku lebih positif...

:: cheezzy cheese :: said...

sumtimes, peluang itu hya dtg skali joey.. so if you can see that.. juz grab it bro!

pjoe said...

peluang perlu diambil
tapi jangan dikaburi dngan peluang
:)

Anonymous said...

Been long since my last visit.
Life's bn hectic lately, but im still kicking.

Chances~ take it and give it to urself...once in a while. If too often, it might harm ourselves too. Dun be overwhelmed by chances~

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .