Friday, January 30, 2009

PELANGI INDAH
Kita adalah manusia, manusia yang sememangnya tidak sempurna, walaupun kita merupakan makhluk sempurna yang telah diciptakan oleh Tuhan melebihi darjatnya antara makhluk-makhluk yang lain.

Kadang-kadang terkesan di minda, betapa sukarnya menggapai pelangi. Kita mencari pelangi dengan harapan pelangi boleh membawa kita naik ke kayangan, namun alangkah malangnya bila mengetahui bahawa pelangi hanyalah khayalan, ilusi estetika yang indah dan bukannya suatu yang kukuh...Lalu bagaimana hendak ke kayangan untuk memetik bintang?

Ada kala terdetik rasa di hati, melihatkan yang lain sudah pun berada di kayangan, bagaikan berada di syurga lagaknya, hidup ini sememangnya indah buat mereka. Manakala diri sendiri terpisat-pisat menanti dan berlari mencari pelangi yang sesekali muncul hanya untuk merasai bagaimana rasanya untuk naik ke kayangan.

Kehidupan seharusnya lebih bermakna dan mencari erti kehidupan adalah sesuatu yang mungkin sukar. Apa yang dicari dalam kehidupan?? Kepuasan dalam kehidupan cuba untuk diungkapkan dan bagaikan misteri, semakin sukar untuk diselesaikan.

Just one thing..I need to change!!

1 orang telah memberi komen yang sengal!:

Amirul Idham said...

mari berubah sempena tahun baru ni..

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .