There are nice/friendly people with hidden agenda...
Tak pasti apa yang diucapkan oleh Mary Alice Young, apa yang terlihat hanyalah sari kata bahasa Malaysia yang mengatakan...
Orang peramah dengan agenda yang tersembunyi
Baru sahaja menonton Desperate Housewives. Sangat suka siri tv pada malam Selasa, dimulai dengan Ghost Whisperer di Star World, kemudian Ugly Betty dan Desperate Housewives di 8TV.
Bila difikirkan kembali, aku merasa setuju dengan kenyataan Mary Alice itu. Tidak perlu menonton lebih jauh, hanya lihat kepada diri sendiri sahaja. Terasa kadang-kadang ada kebenarannya. Menjadi ramah supaya diterima. Menjadi ramah supaya nampak gembira. Menjadi ramah agar merasa hebat.
Di sebalik agenda tersembunyi, pasti terselit juga hikmah di sebaliknya. Tak perlu merasa berjauh hati. Tak perlu merasa tersinggung atau cemburu. Hidup adalah sekali saja putarannya, maka harus dinikmati di samping menadahkan kesyukuran kepada Tuhan. Aku adalah aku, dia adalah dia, mereka adalah mereka, dan kadang kala bertemu di suatu persimpangan. Hati yang tenang adalah lebih baik daripada jiwa yang berserabut.
Dan yang lebih penting, satu masalah besar berjaya di atasi. Mungkin tidak sepenuhnya, tetapi kelegaan yang di rasai amat menyenangkan.
Langkah seterusnya, cuba mengatur kehidupan dengan lebih baik. Kerana seharusnya kehidupan kita adalah ditentukan oleh kita sendiri, biarpun terjatuh semasa melangkah, biar kepenatan memikul beban di bahu, hanya kita yang boleh mewarnai hidup kita.

1 orang telah memberi komen yang sengal!:
smlm x sempat tgok desperate housewife coz sbuk fiting bju hahahh
Post a Comment