Sunday, August 08, 2010

Kegembiraan yang malap!

All in a while, di sebalik kita tersenyum riang, ada perkara yang kita sembunyikan. Kita sembunyikan masalah di sebalik senyuman kita. Kegembiraan itu ada kalanya bisa dihipokrasikan. Namun, kita sendiri sedar kita tidak gembira. Kita masih terperangkap di bawah ilusi kegelapan yang kita ciptakan sendiri. Kita melihat di sekeliling kita penuh dengan kegembiraan, tapi kita bagaikan malap, cuba mengenang nasib malang diri di bawah awan yang kelam.

Entah apa di mana silapnya, walaupun usaha ditaburkan, tiada apa yang berubah. Semuanya sia-sia. Pabila kita meminta bantuan, semuanya tidak berjaya. Malah ada pula yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan yang kita berikan.

Kita mencari dan terus mencari, tanpa kita sedar, yang dicari itu sebenarnya sudah tidak memerlukan kita lagi. Maka terperangkaplah kita dalam dunia mimpi yang tidak berkesudahan, seperti mana Mal yang tidak dapat membezakan realiti dan mimpi, maka dia memilih mimpi kerana menganggap mimpi itu realitinya.

Mungkin kita hanya mampu bermimpi. Kerana di dalam mimpi itu, segalanya bisa terjadi.

1 orang telah memberi komen yang sengal!:

green said...

kek... aku tak suka kerja aku dan suasana kerja aku.. huhu... aku sungguh stress

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .