Tuesday, March 08, 2011

Kenapa saya mahu beli Kereta!

Masa dulu, zaman sekolah, bapa saya cuma ada basikal. Basikal kampung yang tinggi. Setiap pagi, saya dan adik saya berebut nak naik basikal di sebabkan basikal hanya boleh bawa seorang penunggang. Setiap kali menaiki jambatan sebelum sampai ke sekolah, bapa saya perlu menolak basikal dan saya akan berada di atasnya, seronok!!

Basikal tua seperti ini yang hantar aku ke sekolah rendah..

Beberapa tahun kemudian, bapa saya memiliki motosikal. Kadang-kadang, bapa saya menghantar saya ke sekolah dengan motosikal. Saya akui apabila bapa saya menghantar saya menggunakan motosikal ke sekolah, saya rasa malu. Malu, kerana kebanyakan orang lain di hantar menggunakan kereta dan saya pula membonceng motosikal. Selalu saya marah kepada bapa dan emak, kenapa keluarga kita tidak mempunyai kereta. Alasan saya, orang lain tu lagi miskin dan tinggal di kampung jauh, tapi kenapa keluarga dia ada kereta?

Motosikal kapcai. Pernah gaduh ngan adik sebab nak balik rumah cepat nak tengok Mighty Mouse sampai kaki bapa luka sebab kena ekzos moto.

Kemudian, kakak sulung saya mula bekerja. Dan dia beli kereta kancil. Zaman itu, kereta kancil memang 'in'. Masa itu, memang seronok. Tapi, itu masih kereta kakak. Akhirnya, pada suatu hari, impian saya menjadi kenyataan. Masa tu, saya dalam tingkatan 5. Bapa dan emak saya mengajak saya ke bandar untuk mengambil kereta baru. Kami ikut kereta sewa sampai ke bandar KK, dan dipendekkan cerita, hari tu kami balik dengan kereta baru, Proton Iswara. Seronok rasanya jadi penumpang pertama kereta baru.

Sampai sekarang kakak aku tak tukar lagi kereta baru. Dia kata sayang sangat dengan kereta tu. Orang lain at least dah berviva, dia masih lagi setia walaupun dah banyak ragamnya.


Semenjak hari tu, saya tidak malu lagi. Sehingga saya belajar ke tingkatan 6, apabila bas sekolah buat hal, saya tidak akan segan lagi untuk menelefon ayah saya, untuk mengambil saya pulang. Dan, keluarga kami tak perlu lagi menyewa kereta semasa hari raya. Lega.

Kereta proton Iswara kami kaler bronze actually, bukan kaler hijau celup seperti di atas. Tak dapat nak cari kat google.hihihi

Ok, intro memang panjang. Terpaksa di potong untuk sampai ke bahagian ini. Di percepatkan sebenarnya. Saya teringin mahu ada kereta sendiri. Tapi, bukan mudah untuk dapatkan kereta. Sebelum ada kereta, wajib memiliki lesen. Dan saya tidak pernah terfikir untuk mendapatkan lesen, walaupun sepatutnya mengikut piawaian sekarang selepas SPM adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan lesen. Dan saya masih belum ada lesen. Tapi, saya rasa saya dalam perancangan mendapatkan lesen.


Mengapa saya perlu dapatkan kereta? Kenapa saya mahu ada kereta? Ramai orang kata, ada kereta ni macam-macam kena sediakan. Kena simpan sedikit wang, takut ada masalah di kemudian hari. Alasan saya, saya masih malu sebab tiada kereta. Orang kata kereta tidak penting. Ada segala macam kemudahan awam, sementelahan pula hidup di kota.



Kena simpan duit, dah tak boleh membeli belah suka-suka hati. Saman, kereta rosak antara yang perlu difikirkan....


Entahlah. Mungkin saya sudah penat menunggu. Menunggu bas yang tak pernah tepat masanya, dan penuh bersesak sungguh merimaskan. Menunggu teksi yang sentiasa penuh dengan akak-akak yang juga bekerja yang saya anggap tinggal selang satu perhentian dengan pakcik/abang/akak/makcik pembawa teksi, sebab tu dia senang dia dapat teksi. Orang kata, nanti ada kereta akan menambahkan traffic jam. Hmm, tapi saya masih mahu mempunyai kereta.

Penatla nak berdiri dalam bas. Keselesaan dalam bas (dapat duduk) hanya berlaku jika bangun awal pagi atau tinggal selang satu dengan stesen terakhir bas.


Orang kata, kenapa tak beli motosikal? Lagi senang nak cilok sana, cilok sini. Ok, tapi saya sedar saya bukan mat rempit. Saya tak boleh membayangkan dengan memakai baju kerja saya merempit ke pejabat. Dalam bahasa London nya, It's just not my style. Orang kata (orang lagi), ala naik jer LRT. Betul, memang betul. Ramai orang naik LRT. Even si Nuke pun naik LRT, walaupun dia ada motosikal..opss..melalut. Tapi saya rasa naik LRT ni untuk bebudak yang baru kerja. Ala-ala lepasan universiti (tak pastilah jula juli bintang terbilang ker atau sekadar di pinggiran saja). Betul, ada juga abang/akak/pakcik/makcik/leng chai/amoi/pa..oppss naik LRT. Tapi dorang ni ada kereta sebenarnya, kan?? Naik LRT sebab nak elak kesesakan di pusat bandar katanyer.


Hahaha..tak dapat bayangkan Joey rempit mcm ni...


Baiklah, apa yang ingin saya rumuskan adalah saya malu kerana saya tidak ada kereta. Mungkin ramai yang kata, biar tiada kereta, asalkan...................(sila isi ikut suka hati, tapi kalau aku, aku letak asalkan hati baik, tapi berkereta hati baik dan tidak berkereta hati baik, yang mana lebih menjadi pilihan???). Saya masih mahu ada kereta. Kawan-kawan yang sama-sama masuk ke dalam syarikat masa mula-mula bekerja dua tahun dulu sekarang semuanya sudah berkenderaan. Dan saya malu untuk melepak dengan mereka. Terasa bagai burung pipit sangat. Dan mereka nampak seperti sekumpulan enggang. Sebab itu saya sentiasa mengelak bertemu mereka.




Semoga saya dapat beli kereta. Ini merupakan azam pertengahan awal 2011.

Mahu ada kereta. tapi nak beli lotus tu...tak mampu kot...hehehe


8 orang telah memberi komen yang sengal!:

NUke_Rude said...

apsal panjang sangat pulak entry kali ni....??

chillah bro, tak best la kalo duk bandar, tapi tak naik rapid!

Joey said...

aik. aku tulis panjang-panjang pun korang x suka?

abis cam ner..hihihi


aku dah puas naik rapid. Kalau dah sampai 30 an nanti pun masih naik rapid, apa pula kata orang.

NUke_Rude said...

pedulik lah apa org kata, bukan diorg bayar tiket rapid ko pun, kan...?

huhuhu..

Joey said...

hahahaha.

aku tetap nak beli kereta juga.

At least, bila batch aku ajak keluar, aku tak perlu rasa rendah diri.

sekian, terima kasih. :)

Joey said...

owh lupa.

at least, aku boleh tengok wayang midnite kat one utama, tanpa perlu risau ada rapid ker tidak untuk menghantar ku pulang...hihihi

Anonymous said...

duli ape ngn diaowg...ko tak tanya ke maintanance ada kete? mahal woo...apapun beli je utk keselesaan bukan sbb malu... :P

ashraf said...

hahaha nak tgk wayang mid night??? ajak la..

ni.. sentap bila baca part ni. "lain at least dah berviva," :(

perli saya ye?

eh eh macho pe naik motor. haha

Joey said...

rashid.. maintenance tu pikir bila dah ada kereta...hihihi..

asna... i guess I have to do it by myself. Susah nak ajak orang.

and..kalau muka rempit macho la. Kalau muka chumel2 mcm aku neh....wakakaka....

 
Copyright Joey Yang Sengal!! 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .